Tuesday, April 5, 2011

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01..   Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02.   Sabar apabila mendapat kesulitan ;

03.   Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;

04.   Ikhlas dalam segala amal perbuatan ;

05.   Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06.   Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07.   Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan ;

08.   Jangan dengki dengan kekayaan orang;

09.   Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;


10.   Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan ;

11.   Jangan tamak kepada harta;

12.   Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;

13.   Jangan hancur kerana kezaliman;

14.   Jangan goyah kerana fitnah;

15.   Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
    kemampuan diri sendiri.

16.   Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17.   Jangan sakiti ayah dan ibu;

18.   Jangan usir orang yang meminta-minta;


19.   Jangan sakiti anak yatim;

20.   Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21.   Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22.   Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23.   Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk;

24.   Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah
    di masjid;

25.   Biasakan sholat malam;

26.   Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27.   Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;


28.   Sayangi dan santuni fakir miskin;

29.   Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30.   Jangan marah berlebih-lebihan;

31.   Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32.   Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah
    kerana Allah;

33.   Berlatihlah untuk banyak berfikir ;

34.   Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah
    maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak
    dapat dipenuhi;

35.   Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan ;

36.   Jangan percaya ramalan manusia;


37.   Jangan terlampau takut miskin;

38.   Hormatilah setiap orang;

39.   Jangan terlampau takut kepada manusia;

40.   Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41.   Berlakulah adil dalam segala urusan;

42.   Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43.   Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44.   Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45.   Perbanyakkan silaturrahim;


46.   Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47.   Bicaralah secukupnya;

48.   Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49.   Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50.   Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51.   Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;

52.   Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53.   Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
    tidak berlebihan;

54.   Hormatilah kepada guru dan ulama;


55.   Sering-seringlah bershalawat kepada nabi;

56.   Cintai keluarga Nabi saw;

57.   Jangan terlalu banyak hutan g;

58.   Jangan terlampau mudah berjanji;

59.   Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
    bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60.   Jauhkan diri dari perbuatan -perbuatan yang tidak
    bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak
    berguna;

61.   Bergaullah dengan orang-orang soleh;

62.   Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
    beristighfar;

63.   Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;


64.   Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65.  Jaga hati...

66.   Jangan membenci seseorang kerana pahaman dan
    pendiriannya;

67.   Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68.   Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan
    sesuatu pilihan

69.   Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka  
    yang mendapatkan kesulitan .

70.   Jangan melukai hati orang lain;

71.   Jangan membiasakan berkata dusta;

72.   Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
    mendapatkan kerugian;


73.   Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74.   Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan
    dan kesungguhan;

75.   Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76.   Jangan membuka aib orang lain;

77.   Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
    lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78.   Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang
    arif dan bijaksana;

79.   Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah
    dilakukan;

80.   Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong
    kerana kaya;

81.   Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk
    agama,bangsa dan negara;


82.   Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan
    orang lain;

83.   Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84.   Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata
    apa-apa;

85.   Hargai kejayaan dan pemberian orang;

86.   Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan
    dan kesenangan;

87.   Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bukan
    bersangkutan dan tidak menyenangkan.

88.   Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai
    dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita;

89.   Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani
    atau fikiran kita menjadi terganggu;

90.   Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;


91.   Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang
    dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92.   Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
    terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
    menyebabkan orang lain terhina;

93.   Jangan cepat percaya kepada berita palsu yang
    berkaitan teman kita sebelum dipastikan
    kebenarannya;

94.   Jangan menunda-nundakan pelaksanaan tugas dan      
    kewajiban;

95.   Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat)
    dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96.   Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang
    diluar kemampuan diri;

97.   Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan
    tentangan.  Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98.   Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan
    kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
    kerosakan;

99.   Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan
    jangan kaya dengan memiskinkan orang.


& Lastly

no. 100.
Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lainnya yang anda kenal.
Allah's love is unconditional, today, tomorrow and always. May Allah bless you everyday.

No comments: