Thursday, April 29, 2010

RENUNGAN UTK KITA...

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

sumber:ustaznazmi
LINK : HERE

Monday, April 26, 2010

hati2..n manage ur time carefully..

abes sudah satu ag paper..
syukur alhamdulillah...sebab leh jawab..tapi tak berani la kate nak skor 100 percent..susah tu nak dapat 4 flat o A single for this subjek...
undang2 kontrak...salah satu subjek yang menghantui diri aku sejak sem 1 tahun satu ag..

bile sebut je undang2 kontrak aku memang ade banyak kenangan la ngn subjek ni..tak tau nape..
takdir kot...
undang2 kontrak adalah salah satu asas undang2 yang mesti dipelajari dan diketahui oleh semua pelajar undang2 atau pengamal undang2...
so aku kena amik subjek ni dua kali..sekali mase tahun satu dulu sekali ag mase tahun dua ni..

mase tahun 1...teringat aku yang sangat jahil masuk kelas undang2 kontrak ni memang nganga je la mulut dengar lec dari lecturer kan...balik2 nangis..sebab tak faham..bukan dia cakap omputih..tapi aku tak faham ape yang dia nak terangkan sebenarnya..sedih giler..dalam seminggu mesti dua kali aku nangis sebab subjek ni sebb ade kuliah n tutorial..buruk giler la bile dikenang..aku memang tak menguasai pun subjek ni till aku dapat B tuk subjek ni..org len semua dapat A..ni la akibatnya lau malas nak igt kes..

sekarg da tahun dua..mase awal2 sem memang cuak la beb masuk kelas jumpe lec yang same..huhu..memang dia saje yang pakar bab undang2 kontrak ni...so dia je la yang ajo..
tapi bile da naik tahun dua ni aku da mula berubah sebab aku usaha utk hafal kes n faham sebutir2 ape yg dia ajo dalam kuliah..last2 tiap kali tutorial bile nak kena soal je aku la yang aju soalan dulu..agar terlepas dari disoal..tapi itu takkan terjadi kerana group aku semua agak tuff dan takkan terlepas dari disoal...

aku semangat nak skor subjek ni bile naik tahun dua sebab aku ade nota yang lengkap, aku berjaya jawab semua kuiz yang diajukan..n asignmen dia buat aku skor banyak markah..
tapi tak tau la leh dapat A ke tak..

sebabnya...

tadi exam..aku gagal manage mase ngan baik..soalan memang la senang..sebab tak de jawapan..nak create jawapan tu yang payah,,ingt cukup ke mase yang dibagi dengan nak selesaikan soalan masalah yang dia bagi tu..
finally aku dapat siapkan semua soalan..memenuhi yang sepatutnya tapi tak sempat letak kes...huhu..betapa sedihnya aku..
then aku terlupe nak cancel jawapan yang tak patut tu..

aku la org yang paling last keluar then masuk balik sebab btau ustaz yang jawapan aku mane satu..tolong la ea ustaz pertimbangkan jawapan saya..saya memang ade idea tapi saya tak sempat nak cancel jawapan tu...

moga2 ustaz ingat la...so kat sini aku nak berpesan kepda mereka yang nak amik ingatn serta kpada diri sendiri..
mase exam gunakan la masa dengan baik..
mase tu memang sukar tuk manusia jage..
org yang berjaya adalah orag yang berjaya manage masanya dengan baik..
tapi tak bermakne la org yang gagal manage masa tu gagal dalam hidupnya selama2nya...
hmm
mungkin masing2 ade pendapat masing2...
tapi aku yakin bahawa kalau kita tak nak ubah diri kita sampai bile2 pun dok kat takuk tu gak...
so org yang gagal boleh berjaya lau dia ade usaha nak berjaya..
yang penting..jage mase...
jage mase
jage mase
jage mase..

sesuai denagn firman ALLAH swt dalam surah al-ikhlas

ÎŽóÇyèø9$#ur ÇÊÈ ¨bÎ) z`»|¡SM}$# Å"s9 AŽô£äz ÇËÈ žwÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏJtãur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# (#öq|¹#uqs?ur Èd,ysø9$$Î/ (#öq|¹#uqs?ur ÎŽö9¢Á9$$Î/ ÇÌÈ

1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -

3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

maka..dengan itu marila kita muhasabah dan nilai semula diri kita adakah kita sudah berjaya menguruskan masa kita dengan baik selama mana kita hidup di bumi ALLAH ini?

renung2kan...


Thursday, April 22, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN KOR RAJD

22APRIL setiap tahun adalah tarikh keramat bagi KOR REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA (RAJD) bagi menyambut hari kebesaran mereka pada tarikh ni.. pada tarih sebegini sememangnya banyak acara wajib bagi anggota melaksanakan bagi menjayakan hari jadi kor mereka...

kat sini nak amik peluang memperkenalkan RAJD..jom tgk....
ni adalah lambang RAJD
ni biase dipakai kat barrey la..
ni bendera RAJD..
yang ni kire cam jata rasmi..(kot la..)

sini ade sedikit cerita ape tu RAJD..sesi memperkenalkan kor..
"BERUSAHA BERFAEDAH" adalah cogan kata bagi kor ini..
1. Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah ditubuhkan pada 22 April 1953. Seperti Kor-kor lain juga, RAJD telah mengalami berbagai perubahan sejajar dengan perkembangan dan pembesaran Tentera Darat Malaysia. RAJD bermula dengan peranan awal yang terhad dalam membantu operasi TENTERA PERSEKUTUAN menentang komunis, khasnya dalam tugas-tugas memusnah bom, membersih kawasan periuk api, membina jalan, jambatan, landasan kapal terbang serta menyediakan bekalan air. Sekarang RAJD mampu memainkan peranan yang lebih luas dalam membantu pembangunan negara setelah dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan peralatan dan jentera serta mempunyai pegawai-pegawai dan warga RAJD yang berkemahiran tinggi.

2. Dengan cogan kata "BERUSAHA BERFAEDAH" RAJD yang pakar dalam kejuruteraan tentera terbukti telah menyumbangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara termasuk menyediakan tenaga mahir kepada sektor awam apabila anggotanya bersara. Sebagai tanda pengiktirafan, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah berkenan mengurniakan gelaran DIRAJA pada 6 Jun 1992. Seterusnya pada 5 Jun 2004, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sekali lagi telah berkenan mengurniakan Panji-Panji Diraja kepada RAJD.

SEJARAH REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA

3. Sejarah penubuhan telah bermula dengan rasminya pada 22 April 1953 dengan penubuhan pasukan JURUTERA MALAYSIA pertama dikenali sebagai 76th Federal Field Squadron di Balaclava Lines, Kluang. Anggota-anggota dari pasukan ini telah dilatih di Pusat Latihan Tentera British bertempat di Nee Soon Singapura dan Kluang.

4. Apabila negara kita hampir mencapai kemerdekaan, Tentera British telah merancang untuk membubarkan RE Field Regiment dan menyerapkan anggota daripada Rejimen kepada FEDERATION ENGINEERS. Pada 15 Julai 1957, Skuadron Jurutera Kedua telah ditubuhkan dengan kekuatan seramai 201 anggota daripada 75 th Malayan Field Squadron. Sementara itu, 76th Federal Field Squadron, FEDERATION ENGINEERS telah ditukar designasi kepada Skuadron Jurutera Pertama kerana ia merupakan pasukan pertama jurutera dalam TENTERA PERSEKUTUAN.

5. Semasa penubuhan 1 Skuadron Jurutera dan 2 Skuadron Jurutera, Cawangan Jurutera Tentera Persekutuan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dengan diketuai oleh Leftenan Kolonel RA Blakeway OBE RE sebagai Komander Jurutera. Sekarang, organisasi ini dikenali sebagai JABATAN ARAH JURUTERA Markas TD yang diketuai oleh Ketua Jurutera berpangkat Brigedier Jeneral.

PERANAN DAN TUGAS

7. RAJD adalah sebuah organisasi Bantuan Tempur dan peranan utamanya adalah untuk membantu Angkatan Tentera Malaysia untuk bertempur, bergerak dan hidup semasa perang.

8. RAJD perlu melahirkan pegawai-pegawai yang kompeten di setiap peringkat pemerintahan dalam Tentera Darat untuk memberi nasihat kejuruteraan medan kepada komander mengikut situasi peperangan. Setiap operasi jurutera akan melibatkan tenaga kerja, bahan binaan, kewangan, pengangkutan, peralatan dan masa.

9. Peranan RAJD adalah :
  • Semasa Peperangan - Membantu Tentera Darat untuk bertempur, bergerak dan hidup.
  • Semasa Aman - Berlatih untuk berperang dan membantu kerajaan dalam pembangunan negara.
  • Semasa Darurat dan Bencana Alam - Membantu kerajaan memulihkan dan mengendalikan perkhidmatan penting negara iaitu pelabuhan, keretapi, bekalan air dan bekalan elektrik serta memulih ketenteraman awam.
10. Tugas-tugas RAJD adalah:
  • Memperbaiki Mobiliti Pasukan Sahabat:
  • Membina laluan.
  • Membina kemudahan menyeberang sungai.
  • Membina tempat pendaratan helikopter.
  • Membina jambatan rekaan.
  • Membersih padang periuk api.
  • Mematahkan Mobiliti Pasukan Musuh:
  • Membina anti-tank ditch.
  • Memusnahkan jalan.
  • Membina halangan.
  • Membantu Kemandirian Pasukan Sahabat:
  • Menyediakan bekalan air.
  • Membantu dalam operasi Pertahanan Nuklear, Biologi dan Kimia (NBK).
  • Melakukan Kerja Kejuruteraan Am:
  • Membina tempat kediaman medan.
  • Membina kubu
link here

hmm mesti tertanya2 kan nape aku buat entry ni?
sebab :
  1. saje2..
  2. sebagai tumpang same meraikan hari jadi kor..(walaupun aku bukan askar kor ni)
  3. sebagai menghargai mereka yang berada dalam kor2 ni..(antaranya STAF MASRI, ENCIK RIDWAN, MEJAR AMINUDIN..diorang ni ade kat KEM MAHKOTA KLUANG)
  4. sebagai meraikan mereka yang berkhidmat di bawah kor ini..(more kepada kengkawan ku yang banyak bermastautin di KEM BATU KENTOMEN..buat ,MOHD HAFIZ BAHARi,,KHERIL, SYAM, YUSOF, AMIR N TAK IGT LA NAME KORANG SEMUA...)
TU JE LA SEBAB2NYA...al maklum lah.. sian kat kawan2 ku yang da 3 minggu lebih penat kawad n fitik ea..takpe2 pasni dapat wekend kan...jom gathering..haha...

pape je la...asalka aku puas hati sebab buat entry pasal ni tuk mereka...korang la yang terbaik..bangga seyh jadi kawan korang..huhu..
thats all..
hope sedikit sebanyak all reader leh kenal kor ni sikit sebanyak....
tu je..daaaaaaaa..

hilang sedikit beban..

lame kot tak mengarut...
merujuk kepada tajuk...hilang sedikit beban..ya..terasa sangat2..kepala otak makin ringan...suke2 keadaan cam ni...
baru pas abes exam 2 paper for this week...
aritu isnin : hak asasi manusia then tadi kamis : maharat al-istima' wa alfhm...

review sikit tentang exam...
paper hak asasi manusi (HAKAM) ..boleh tahan la soalan..tapi alhamdulillah boleh jawab..yang penting da berusaha buat yang terbaik...jadi sekarang hanya berharap yang terbaik...

paper maharat al-istima' wa alfhm.. ni paper bahasa arab..pada aku paper ni memang sedikit mengkillerkan diri aku..sebab aku tak pandai bahasa arab..sebab aku tak kuasai sepenuhnya,..setakat nak goreng bagi hangus boleh la...tapi nak skor dapat A sangat jauh sekali rasenya...tapi aku da berusaha sehabis baikk..da menghafal mane yang patot..
tapi al maklum la kan kita kan manusia memang tak lari dari sifat lupe..tiba2 sifat lupe datang tadi mase dalam exam halll...huhu..frustnya ..sedaya upaya aku bace selawat n doa supaya ALLAH kurniakan rahmat dan petunjukNYA supaya aku dapat ingat balik ape yang aku hafal..syukur,,ALLAH masih sayang aku sebagai hambanya..aku dapat la ingat sikit2 walaupun tak sebijik macam dalam buku tu...syukur ALHAMDULILLAH....
tuk paper ni tak mau berharap ape2 sangat..cume nak doa banyak2 agar ustazah yang tanda kertas aku nampak jawapan aku cam betul..sekurang2nya dia kesian la kat aku tuk bagi markah..
YA ALLAH KU BERMOHON PADAMU..LEMBUTKANLAH HATI PEMERIKSA KERTAS JAWAPAN MAHARAT KU INI..AMIN....

seronok2..suke2..sebab da nak abes exam,..tgl mgu depan ade ag 3paper need to go through...

actually, minggu ni sebenarnya minggu jiwa kacau la buat aku..sebab nya homesick melanda..walaupun da balik wekend aritu tapi still membuak2 rase homesick ni..takpe2..sabaq na sham..da nak cuti da..
tapi time cuti t bukan ade kat umh..kat jb..praktikal la plak...huhu..bukan senang rupenya nak rase senang...

tambah2 kaco bile i heard my beloved sis sakit..sampai ati dia rahsia2..tapi da mintak someone tgk2 kan dia kat sane..tau la dia takmau aku rso..dia tak mau btau sebab takut aku muncul kat depan dia,,haha..adek2..cam2 .leh plak pk sampai g2..lau takde exam mg muncul gak..ni ade exam kan..so memang takle la nak ke sana...

tu je dulu for this time....
sekian sje..

Monday, April 19, 2010

perkara AJAIB tersembunyi di daLAm MinDa

oleh: DR HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ
Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

bicara seketika...

kala kenangan menjadi memori masa terindah
tiada akan tertaut bisikan kecewa

destini iman
merungkai langkah songsang yang terpesong
melurus tegar ritma perjalanan ini
ke transisi taqwa

terkedip aspirasi penglihatan
pendakian bermusim menerjah
bicara lelap tercipta
dan ku harap
itu adalah kata-kata termanis
sebagai inspirasi kehidupan hakiki..

no idea..secebis kata dari hati yang gusar...

Sunday, April 18, 2010

tak rancang pun

aku balik kg sat jumaat lepas..
memang tak de plan pun nak balik..
kamis pas abes exam aku dapt msg dari akak2 kos say goodbye coz diaorang balik kg samapi la ahad..i just say ok n take care ya to all my sis...

kamis malam yang sangat membosankan..mentang2 sok takde exam memang jadi malas la jawabnya nak bace buku..huhu,..ni memang tak leh nak elak..
then aku habiskan mase tgk n bace blog org je la..

pagi jumaat..aku tersedar awal..so buatla ape yang patut..sampai subuh la aku tak tdo..lepas je subuh aku pun mengemas la bilik yang tak bape nak kemas..kemas baju2..bapooookkk la banyak baju aku rupenya,..(hmm perempuan memang banyak ke baju mereka)..cam tak caya ak aku baju aku leh banyak camtu...
huhu..

siap je kmas kul 7 suku pagi..sambil2 mendgr hotfm..tiba2 aku teringat plak kat ma ngn abah,..so ape lagi andi ngn siap2 terus cam org nak g jalan..hehe...
pastu denagn lupa nak breakfes aku terus la g ktm nak balik kg..huhu..mg keje giler la aku ni..

tiba2 mase dalam perjalanan aku lupe yang pudu kan tengah renovate so aku kena g stadium bukit jalil..tak kisah la sangat just nek tren je..ape ade hal..

sampai kat bukit jalil , kesabaran aku diuji dgn pelbagai dugaan,sabar je la jadi manusia ni..walaupun hati aku da panas time tu..

sampai kat bukit jalil aku tak le nak touch kuar dari stesen tau..aku pun tnya la akak tu cara baik dan penuh bersopan..akak tng ni mg takle ke?camne saya nak kuar..agpun saya nak guna balik kad tng saya ni..tak pasal2 aku kena maki ngn akak tu..siut tul..pagi2 lagi aku tak brekfes ag kena makan maki hamun ko wahai kakak..hmm sangat bengang la time tu...seb bek ko org tua..lau tak ish mg kena balik ko kat situ...

dgn hati yang kecewa aku pun terus berjalan samapi ke terminal sementara..sampai situ ade la pakcik ulat tiket ni nak amikkan aku tiket la kononnya..tapi aku da kate nak naik bas ape..leh plak dia bawa kau ke ntah ape2 syarikat bas yang aku sendiri tak pernah naik n tgk bas tu kat tempat aku..aku pun lari la g cari bas yang sepatutnya..
pastu pakcik tu pakse aku bayar palkk tiket tu..sori la pakcik..tu bukan urusan saya,,saya da cakap nak naik bas ape tadi..asal pakcik nak cari untung lebih plak dgn tipu saya..cam la saya tak tau prosedur nak beli tiket kat sini...maaf la pakcik...ni semua gara2 akak tu la....PAKCIK SAYA MINTAK MAAF>>say tak berniat pun nak ckp gitu klat pakcik..tapi pakcik buat hati saya makin panas...jgn la tipu org2 cam saya ni ag pakcik....

aku pun terus la g cari bas yang nak ke kLUANG tu..then sampai kat bas aku cakap ngn PR(public relation..keje dia cek bas) aku cakap la nak letak beg aku kat luggage..pastu dia cakap bawa nek je la..org tak ramai..haahla ko..mg la org tak ramai..beg aku berat la bro..aku nak letak kat bawah je..pastu dia kate la.."tak le bukak sendiri ke?" kau pun jawab la.."la lau camtu bek tak ya datang keje lau setakat nak cek tiket je..bagila khidmat sikit pada pelanggan.." dengan bengang dia pun turun..tapi time tu aku da bukak luggage tu sendiri da,,.aku cakap kat dia "takpe la bang,..saya da bukak sendiri da,,g la cek tiket..jgn sampai double seat sudah.." dia tgk aku terkebil2..sat ag memang masin plak mulut aku..ade org tak dapat tempaty duduk..huhu,..amik la ko bang..len kali baut la keje elok2...

memang panas la hati aku ngn org2 sebegini..aku bukan ape..bukannya aku tak pernah buat keje syarikat bas ni..aku tau la ape sangat la tugas sebagai PR atau ulat2 tiiket ni..tak ya la nak bohong aku...

akhirnya aku selamat samapi kat kluang daklam kul 1 lebih la..then call my ma..terkejut mak dgr aku balik tetiba je..aku pun lupe nak btau yang aku balik kan..hmm nak buat camne..tak rancang ..aku tau lau nak balik gerak je la...

hari yang cukup menguji kesabaran ku..

kepada kakak yang maki hamun aku..apakcik yang tipu jual tiket kat aku..n abg pencek tiket bas yang malas..aku minta maaf kat korang k..sebab aku tak reti nak marah org..just menjawab je..moga ALLAH terus memberkati pekerjaan kamu..maafkan saya wahai org2 tersenarai di atas...

Wednesday, April 14, 2010

relax2 kejap,,

There...I fixed it


























Life really boils down to 2 questions...

1. Should I get a dog.....?





OR...


2. Should I have children?





Just to let you know


I'm thinking of you today.



No matter what situations life throws at you...

No matter how long and treacherous your journey may seem..

Remember there is a light at the end of the tunnel.




You're laughing aren't you?
That's good 'cause my job here is done!

Have a great
day and remember to give thanks.....


Cats are so dramatic
!!