Tuesday, October 22, 2013

Hari2 seorang guru

Macam senang jadi cikgu
Tapi hakikatnya tidak semudah yang dilihat.
Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang menanggung amanah yang diberikan...
Sedaya upaya memberikan yang terbek
Untuk anak bangsa dan generasi akan dtg..

Friday, May 31, 2013

Mei 2013

Assalammualaikum...
kembali semula...
walaupun pada bulan April yang lepas berusah untuk mengupdate blog ni, namun sape yang tahu kita hanya merancang tetapi segala Qadha dan Qadar Allah swt itu telah ditentukan sejal dari azali lagi...maka kita sebagai manusia perlu la terima dan lalui dengan penuh kerendahan hati  semata-semata mengharapkan keredhaan Allah dalam diri dan kehidupan kita...


1 Mei 2013 : Hari Pekerja,...satu dunia bercuti. namun tidak dinafikan ada golongan yang masih bekerja disebabkan keperluan.tahniah dan selamat berkerja kepada yang terpaksa bekerja walaupun pada cuti umum....sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah...

5 Mei 2013 : PILIHAN RAYA UMUM KALI KE 13 buat Negara Malaysia..bagi yang berumur 21 tahun dan ke atas perlulah menjalankan tanggungjawab mengundi dalam menentukan masa depan negara...takmau la cite pjg...sendiri tahu...

11 Mei 2013 : HARI JURURAWAT... mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari jururwat kepada semua insan yang bergelar jururawat secara langsung atau pun tidak langsung. yang langsung tu ialah sape yang menjalankan profesion kerjaya sebagai jururwat..namun diingatkan diri kita sendiri merupakan jururawat juga kerana setiap kali sakit, kita juga menjaga diri kita...untuk pastikan diri kita sihat setiap ari.. untuk pastikan ibubapa, suami, anak , kakak, abang , adik atau orang yang kita sayangg tu sihat secara tidak langsung kita telah menjalankan tanggungjawab sebagai jururawat....
Dedikasi khas buat adik Shamsamirah Shamsuddin adik aku, yang berada di tahun akhir dalam bidang pengajian kejururawatan....angah doakan uda berjaya dan cemerlang dalam peperiksaan lesen jururawat..

10 Mei 2013 : HARI IBU ....pada aku, setiap hari adalah hari untuk menghargai ibu kita selagi ibu kita masih dkandung hayat dan nafas...tak semestinya kena tunggu ada satu hari yang khusus untuk menghargai ibu..
buat emak, Puan Hajah Jariah Suramin..selamat hari ibu...angah sayang mak....tak pernah tak sayang...sentiasa sayang...

15 Mei 2013 : Hari Belia...tahun ni macam tak diwar2 sangat perayaan ni..namun ku tetap mengingati tarikh ni....

16 Mei 2013 : HARI GURU....selamat hari guru buat semua guru-guru di seluruh antero dunia....pertama kali menyambut hari guru sebagai guru..sedih, terharu dan gembira.sebab 1st jadi cikgu...aku tak harap hadiah dari anak murid cuma berharap semua anak didik ku akan cemerlang dan berjaya menjadi orang yang berguna dan berguna pada masa akan datang.
Terima kasih buat semua guru-guru yang telah mengajar dan memberi ilmu sama ada secara langsung atau pun tidak langsung...semua guru di SK Kampung Tengah,Kluang Johor, SMK Tun Hussien Onn Kluang, Johor, Kolej ISlam Sultan Alam Shah Klang, UKM, Palapes UKM, IPG KPI Bangi dan semua insan yang telah memberi ilmu kepada diri aku yang sentiasa kurang ilmu ini.....

17 Mei 2013 : Ulang Tahun Kelahiran diri aku buat kali ke 25...umur semakin bertambah,,hayat semakin pendek...sedih sebab time ni sorang2 je..tak ramai yang tau..mak, adik beradik, ada la kawan2 terdekat yang tau...tapi terima kasih sebab ucapan selamat ke atas diri ini....
pejam celik, pejam celik da jubli perak da idup kat dunia ni....
bersediakah aku untuk mati? da cukup ke amalan aku?
aku bersyukur, walaupun tak kesemua cita dan keinginan masih tak dapat dipenuhi, namun aku bersyukur hidup aku berjalan dengan lancar...
aku bersyukur kepada nikmat yang telah Allah kurniakan kepada aku....

22 Mei 2013 - Ulang tahun pertama arwah abah meninggalkan dunia yang fana ini..Alfatihah buat abah...sedih,,, tak pernah putus segala kenangan dan segala yang berkisar tentang hidupnya....
moga abah tenang aman dan digolongkan di kalangan orang yang diberikan nikmat oleh Allah..

25 Mei- 10 Jun 2013 - CUTI SEKOLAH....
murid pelajar cikgu suka la kan, 2minggu bercuti...balik kampung..
musim kenduri kendara....yang single bertunang, yang bertunang bernikah...selamat la....
TAPI, aku sebagi guru pelatih, balik ke IPG untuk menuntut ilmu dan periksa..
orang keje aku pun keje...orang cuti aku and the geng belajr n exam
kire takde cuti la...\
redha dan pasrah..
sedar bukan senang nak senang....
perlukan sedikit pengorbanan dan usaha untuk ke arah yang lebih baik...


nota tangan :
-mood : ketepikan perasaan..harungi kehidupan di IPG, bangun, pergi kelas, buat presentation, buat asignment dan exam...

-mga Allah permudahkan urusan ku ini...
- ada kelapangan insyaAllah akan ku post sesuatu untuk tatapan aku dan perkongsian bersama....





Tuesday, April 9, 2013

Di mana aku berada?

Salam...
Ku ingin mula bercerita berkongsi tentang pengalaman idup....
Habis tauliah n grad di ukm, aku medapat keje di lawyer firm syarie sebagai pelatih dalam kamar atau pembantu peguam....
Abes semua masalah rumahtangga orang kebanyakannya akunselesaikan
Turun naik mahkamah mengahadp hakim pun tu sudah menjadi rutin dalam idup aku selama satu tahun setengah...

Seronok jugak menjadi org tengah mengubati mereka yang bermasalah jiwa dalam rumahtangga sehinga sedikit sebanyak mematangkanndiri aku yangnmasih bujang tapi cam terlajak sikit....
Tetapi status single tu membuatkan org mempertikaikan kredibiliti aku untuk menyelesaikan masalah rumahtangga orang....sabar je la..tadah je telinga..lantak pi a orang nak kata ape..ape ade hal....

Ms terus berlalu selama satu thun setengah...rezeki pun datang...panggilan guru jqaf...
Aku diterima masuk dan mula mendaftar di institut pendidikan guru bangi pada 7 januari 2013. Time tu sedoh gak la...orang lain semua mak ayah anta...suami anta, adik akak abang anta..aku? Bawa diri semdiri je....tapi takpe...idup mesti terus berdiri..berdiri di atas kaki sendiri....

Selepas seminggu aku mula melapor diri di melaka, sekolah convent infant jesus 1'melaka....sekolah rendah..budak perempuan semua...bermula perjalanan menjadi seorNg guru pula....

Dan kini, aku adalah anak buat mak abah, adik kepada seorang abang, akak kepada seorang adik, dan amanah yang besar, guru agama@ ustazah yang mengajar pendidikan islam.....

Sekian sahaja...
Hand off

Nota tangan :
Sape sangka, kita merancang, tapi Allah yang menentukan,
Redha dan terima ketentuan Allah dengan hati yang terbuka
Sentiasa pelihara iman...

Aktifkan...

bismillah hirrahman nirahhim
assalammualaikum...
pembuka kalam dan bicara setelah sekian lama menyepi, kini aku kembali mengaktifkan perkongsian di sini ....
Kesenyapan selama ini ada banyak faktor...
First, sibuk mencari masih  depan, sekarang pun sedang membina masa depan dan sedang dalam membina masa depan.....
Dengan ini ku aktifkan semula blog yang bersawang n berhabuknsangat ni.....