Friday, April 8, 2011

walaupun takde org sayang kamu..ALLAH masih sayang pada kamu...


assalammualaikum dan salam sejaktera
di pagi jumaat yang mulia ini..
nak ku kongsikan ape kta gelar sebagai tazkirah..
ingat mengingatkan sesama insan adalah sebahagian dari tanggungjawab manusia kan..


ada orang pernah cakap kat aku

'kalau masa kau buat satu benda tu kau rasa takut dan bersalah, maknanya apa yg kau buat tu salah'

mana ada orang yg rasa cuak atau bersalah bila buat benda baik kan?
contoh, ada ke masa kita tengah jalan pergi surau nak berjemaah,
tiba2 kita rasa takut sangat sampai rasa nak patah balik.ada?
atau masa kita nak pakai pakaian yg tutup aurat,
tiba2 kita berpeluh2 sebab rasa bersalah.ada?

kalau ada, tu bukan sebab takut atau bersalah, tapi rasa segan dan xnak dilabel alim oleh kawan2
pelik kan manusia, sbb xnak dilabel alim, segan nak buat kebaikan
bila buat jahat, xtakut pulak dilabel derhaka oleh Allah..(dunia2)

berbalik kepada topik asal
kenapa eh, bila kita buat jahat, kita akan rasa bersalah?
atau, bila kita terbabas tidur sampai xsolat subuh, kita akan rasa bersalah
kenapa kita xbangga eh?

sekarng la kan majoriti muda mudi tak kira gak dak kecik ke dak besar ke mak orang ayah orang atuk orang nenek orang...
majoriti ade fesbuk kan..
pernah baca status orang tulis macam ni

'arini aku rogol anak jiran aku weyh'

atau

'arini aku xsolat zohor.weee'

atau

'arini aku bunuh kucing aku sbb dia berak kat tempat tidur aku'

ada ke?
rasa macam xde.kecualilah kalau orang tu baru terlepas tg rambutan

tapi, kenapa eh?
kenapa sejahat2 orang tu, dia masih malu nak show off kejahatan dia dekat orang lain?
kenapa sejahat2 orang tu, ada certain masa, dia rasa bersalah dengan segala kejahatan dia?

satu jek jawapannya
wujud segala perasaan tu sbb adanya kasih sayang Allah pada diri kita semua
Allah masih sayang kat hambaNya walaupun hambaNya tu buat jahat
sbb tu Allah wujudkan perasaan malu, perasaan bersalah tu
supaya hambaNya sedar bahawa Allah sedang menanti hambaNya untuk kembali padaNya

teringat satu hadis

Suatu hari Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada sahabatnya,

"Bagaimana keadaan kamu, seandainya kamu berada di padang pasir membawa bekal dan unta, lalu kamu tertidur. Kemudian, apabila kamu terjaga, didapati bekal dan unta kamu hilang?

Para sahabat menjawab,

Tentu cemas sekali, ya Rasulullah.

Rasulullah menyambung,

Di saat kalian cemas, tiba-tiba kamu nampak, unta itu datang kepada kalian bersama bekal kamu. Apa perasaan kamu ketika itu?

Para sahabat menjawab,

Tentu bahagia sekali, ya Rasulullah.

Rasulullah s.a.w berkata:

Allah akan lebih bahagia apabila melihat hamba-hamba-Nya pulang kepada-Nya daripada kebahagiaan seorang yang kehilangan unta di padang pasir dan kemudian menjumpainya.

mashaAllah, subhanallah.. tengok.hebatkan Allah?
betapa banyak dosa yg kita buat, Allah masih menanti kita untuk kembali padaNya
sebab tu Allah gerakkan jugak hati kita kepada kebaikan setiap kali kita buat jahat
Allah x pernah lupakan hambaNya, Allah x pernah biarkan kita hanyut dengan kejahatan yg kita buat
tapi, kita manusia selalu x sedar kasih sayang Allah ni
kita je manusia ni yang selalu tak ingat kat ALLAh..hanya kembali padanya bila kita dalam bala atau kesusahan..
mase tu baru la nak cari tikar sejadah..
tau pulak nak cari sape bile susahh kan.,.
bile senang?hermm haram..
siap tangguh2 ag nak ingat kat ALLAH..(contoh la kan..jap ag la solat..)

bila kita terdetik sikit rasa bersalah masa buat jahat, kita neutralkan perasaan kita dengan kata2 memujuk diri sendiri
mula la guna pelbagai mekanisme mempertahankan diri...(manusia mg pandai dan suke cari alasan tuk bela diri)
kita tolak kasih sayang Allah kat kita
ya Allah, teruknya kita kan? T.T

bila kita dah banyak buat dosa, kita buruk sangka dengan Allah
kita cakap, 'mesti Allah xampunkan aku da sbb dosa aku teruk sangat'.
padahal dalam al Quran, Allah banyak sebut Dia Maha Penerima Taubat

dalam satu hadis ada cakap

Rasulullah bersabda: 'demi Allah, yg jiwaku berada dalam kekuasaanNya. andai kata kamu tidak berbuat dosa, nescaya Allah akan mengambil kamu, dan mendatangkan kaum yang berdosa, kemudian mereka minta ampun dan mereka diampuni'.
(H.R MUSLIM)

tengok, Allah memang suka kalau hambaNya xberbuat dosa
tapi Allah lebih suka hambaNya yg berbuat dosa tu bertaubat dan kambali padaNya

kita manusia biasa, kita x maksum macam Nabi
bila kita buat dosa, jangan rasa kita x akan diterima dah oleh Allah
Allah tu sangat sweet dan sangat cintakan kita
cuma kita yg suka berburuk sangka pada Allah


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak

kalau setiap kali kita berbuat dosa, kita rasa bersalah
bersyukurlah, sbb tu tanda Allah masih sayang dekat kita
tapi kalau kita buat dosa, lepas tu rasa relax dan bangga
check balik iman kita
sbb masa tu iman kita memang da sangat kritikal sbb dah xdapat rasa kasih sayang Allah tu

kasih sayang Allah tu luas dan x terbatas
sentiasalah berbaik sangka dengan Allah
dan kita wajib tuk pk setiap ape yang datang dari ALLAH tu adalah qadha dan qadar dari ALLAH...

manusia dan konflik tak kan dapat dipisahkan..
setiap hari dan setiap saat pasti kita akan berhadapan dengan konflik..
kenapa dikatakn begitu?
ye la kita nak yang tu..tapi dapat yang lainn(kat situ ade da konflik)
sebab kita tak dapat ape yang kita nak....

TAPi

perlu diingatkan dan mesti ingat..serta wajib INGAT...

KITA SESEKALI TIDAK BOLEH ADE KONFLIK DENGAN ALLAH..
tu akan membawa diri kita ke arah kekufuran..
nauzubillah hi min zalik...
minta la kan dijauhkan dari semua tu...

terkadang dalam tidak sedar kadang2 kita hampir kepada benda yang merosakkan diri kita..
so ape yang perlu...?
kita kena sentiasa SEDAR DIRI..
jgn leka sangat la dgn nikmat dunia ni..
jage iman..
jage hati...
guna sebaik mungkin nikmat yang diberi oleh ALLAH...

nota tangan : 
-mari same2 kita menjaga diri...
-masih ade yang sayang..

No comments: