Thursday, March 24, 2011

PALAPES UKM diseru ke arah 5 TERAS..

assalammualaikum dan selamat sejahtera..
ahad aritu kan..ade kawad padang..
tak sempat nak update..
tapi portal ukm telah mempermudahkan keje den..
meh bace di sini..
target="blank"

Oleh abdul Razak Hussain
Foto oleh Kamarozman Idris

BANGI, 21 Mac 2011 – Anggota PALAPES UKM diseru menghayati dan menyuburkan lima teras, ia itu Kesetiaan, Kesatuan, Pengorbanan, Keunggulan dan Budaya Kecemerlangan yang telah ditetapkan sepanjang penglibatan mereka dalam pasukan itu.
Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, selaku Komandan PALAPES UKM menggariskan teras itu ketika berucap di Perbarisan Komandan sempena pembukaan Latihan PALAPES di Dataran Gemilang UKM Bangi pagi semalam ini.
Beliau menyeru anggota pasukan simpanan itu memberikan kesetiaan secara total bagi memastikan PALAPES menjadi satu sistem pemerintahan ketenteraan yang utuh dan berkesan.
Teras kesatuan, katanya, menuntut warga PALAPES sentiasa berdiri teguh sebagai sebuah pasukan yang berpaksikan semangat setia kawan atau esprit-de-corps. Kesatuan ampuh dalam pasukan akan menjadi perisai kepada sebarang percubaan untuk memecahbelahkan pasukan yang perlu sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan tanah air.
Beliau menyeru mereka bersedia berkorban untuk menghadapi segala dugaan bagi memastikan kecemerlangan organisasi dapat dibina bersama.
Kecemerlangan yang dituntut hanya akan terhasil dengan pemimpin dan pengikut sanggup berkorban, melakukan kebaikan kepada organisasi, masyarakat dan negara serta berupaya mengatasi kepentingan diri sendiri.
Prof sharifah Hapsah menyeru mereka menghayati disiplin ketenteraan yang tinggi, memastikan keterampilan diri, membentuk semangat kenegaraan dan memaparkan contoh sahsiah terpuji pada setiap masa sebagai memenuhi kehendak teras keunggulan yang boleh mengekalkan PALAPES UKM terus berada di hadapan dan dihormati.
Sebagai anggota PALAPES mereka juga perlu berusaha menyerap budaya kecemerlangan ke dalam kehidupan mereka. Budaya kecemerlangan itu akan terlihat dalam semua aspek kehidupan merangkumi pencapaian akademik, pandangan hidup atau worldview, disiplin ketenteraan dan kemahiran insaniah.
Beliau berbangga melihat anggota PALAPES UKM berjaya melalui proses transformasi sebagai pegawai ketenteraan yang sentiasa menghayati nilai-nilai murni dalam lima teras yang ditetapkan itu dipupuk sepanjang latihan dan akhirnya menjadi pemimpin masa depan yang unggul dan disanjungi.
Majlis Perbarisan Komandan yang pertama kali diadakan itu turut dihadiri Timbalan Komandan, Ketua Jurulatih dan pegawai-pegawai UKM. 

masuk la dalam PORTAL BERITA UKM

pas je abes kawad ni ade la hujan kejap..panas sekejap..pastu hujan ag sekejap...pastu panas ag sekejap..
finally effect dia kat org yang antibodi tak bape nak kuat ni kan..amik ko..demam sampai la ni tak baik2...
tapi tu hanya punca sampingan....
sebenarnya doctor kate aku tak cukup rehat....(ea ke?)
pape je...

nota tangan :
-5 teras : KESETIAAN,KESATUAN, PENGORBANAN, DISIPLIN, BUDYA TUK CEMERLANG DLM HIDUP..
-RASE cam da ade sebelum masuk palapes ni..(bapak berlagak..istighfar2)


5 comments:

Sansan Onwan said...

mana nak ambek gmbar2 ni?nak tengok.

shams said...

sansan : ade link kat situ..klik je..
nak gambar ag banyak mintak kat staf kama...
video pun staf kama ada..

Shahrizad Bin Mansor said...

owh..

Shahrizad Bin Mansor said...

owh

shams said...

shahrizad : sampi dua kali owh..ape kes?