Friday, March 26, 2010

ciNta : Sains dan tanda2..

want to share this with u all..terbace dis artikel kat blog kotex..

Bila kamu tertarik pada seseorang, kamu mula menunjukkan tanda-tanda yang kamu menyukainya. Ini bermakna terdapat sesuatu pada dirinya yang berjaya menarik perhatian kamu, seperti lirikan matanya atau senyumannya yang menggoda. Kamu juga mungkin menyukai seseorang yang lebih tua atau muda berbanding kamu. Tidak mengapa. Semua orang melalui perasaan menyukai seseorang dan disukai semula.

Jatuh Cinta Sebenarnya Tindak Balas Kimia

Tergila-gilakan seseorang biasanya berhubung kait dengan cinta romantik. Inilah jenis cinta yang membuatkan kamu menulis puisi cinta dan melakukan benda-benda bodoh seperti berjaga sepanjang malam mendengar lagu-lagu cinta. Perasaan dan emosi ketika ini sangatlah nikmat sehinggakan kamu merasakan seperti “jatuh cinta”.

Apabila kamu mula “jatuh cinta”, kamu biasanya mula tergila-gilakan si dia. Masa inilah, kamu mungkin berasa yang kamu boleh lakukan apa saja untuk si dia. Kamu mahu perasaan ini kekal selamanya dan kamu memang percaya yang ia akan kekal.

Perasaan diawang-awangan yang kamu alami ini boleh dijelaskan dengan bahan kimia yang dibebaskan oleh otak. Oh, mungkin bunyinya tak begitu romantik tapi yang sebenarnya otak kamulah yang menjadi pusat perasaan dan emosi kamu, bukannya hati. Otak tu nampak macam tak berapa menarik. Yelah, rupanya pun macam kobis bunga kering berwarna kelabu yang terapung-apung dalam kepala kamu. Cuba fikir. Walaupun ia tak secantik hati merah yang berdegup, otak kamu sebenarnya menghantar signal ke badan kamu membuatkan kamu merasa perasaan teruja dan pahit manis dilambung cinta.

Bahan kimia dalam otak boleh menerangkan perlakuan kita sebaik sahaja kita jatuh cinta. Bahan kimia ini bergerak ke bahagian-bahagian otak yang berkait dengan emosi dan memori kita:

  • Dopamin kata saya gilakan kamu Dalam tempoh beberapa bulan pertama kamu tertarik pada seseorang, satu bahagian otak kamu membebaskan bahan kimia ini. Sejumlah kecil bahan kimia ini akan memberikan kamu perasaan di awang-awangan ketika dilamun cinta. Ia mungkin boleh menyebabkan kamu berjaga sepanjang malam memikirkan perkara-perkara romantik. Dengan dopamin, kamu pun mula rasa tak berselera. Kamu ponteng makan, rasa lapar tapi kamu tetap gembira dan sedikit gila walaupun perut kosong. Dopamin juga membuatkan kamu rasa bertenaga, dan boleh buat apa saja. Ia memang satu bahan kimia yang menakjubkan. Ia membuktikan perkataan seperti “asyik bercinta” memang wujud.


  • Serotonin kata saya terlalu menggilai kamu Tahap rendah bahan kimia ini dalam otak merupakan sebab kenapa kamu terlalu memikirkan seseorang itu apabila kamu bercinta. Tahap serotonin yang rendah boleh membuatkan kamu asyik terfikir mengenainya. Seperti mengekorinya ke perpustakaan tanpa pengetahuan, mungkin merupakan aktiviti harian kamu. Pada kamu, kamu berkelakukan macam biasa kerana tahap serotonin yang rendah yang menguasai tindakan kamu. Bila kamu beritahu rakan yang kamu asyik teringatkan dia 24 jam, sebenarnya itulah tahap rendah serotonin yang menguasai kamu.


  • Oksitosin kata saya akan kekal dengan kamu Sekarang kamu mungkin dah pun berada dalam hubungan sebenar dan semakin cinta kamu berkembang, kamu mula berfikir yang kamu tak dapat nak bayangkan kehidupan tanpa si dia. Kamu semakin terikat dengannya. Ke mana saja dia pergi, kamu pun ada. Masa inilah bahan kimia oksitosin bertindak. Ia merupakan kimia yang dibebaskan oleh otak di mana tahap gila bayang kamu semakin berkurang dan kamu mula menjalin hubungan yang serius.

Tanda-tanda yang kamu dah mula gila bayang:

  • Kamu mula teringat pada si dia lebih kerap daripada biasa. Seolah-olah gambaran wajahnya melekat pada minda kamu.
  • Tidur kamu jadi tak lena. Dialah orang terakhir dalam fikiran kamu dan orang pertama yang menjelma dalam kotak fikiranmu, bila kamu bangun tidur.
  • Selera makan kamu tiba-tiba berkurangan. Makanan kegemaran kamu pun jadi tak sedap.
  • Kamu selalu teruja nak berjumpa dengannya. Bila fikir mengenainya saja dah cukup untuk buat kamu rasa gembira dan cukup bertenaga.
  • Kamu mula mengekorinya, menyimpan jadual waktunya dan mula mendapatkan nombor telefon si dia… semua secara rahsia.
  • Tiba-tiba saja kamu jadi pakar dalam puisi cinta dan lagu cinta. Kamu mula menyukai filem romantik walaupun selama ini filem sainslah satu-satunya fiksyen yang kamu tonton seumur hidup.

Adakah dia tertarik pada saya? Berikut beberapa tanda yang mungkin menandakan dia perasan kehadiran kamu:

  • Dia memulakan perbualan. Seorang lelaki mungkin tunjukkan yang dia menyukai kamu dengan memulakan perbualan. Dia mungkin menunjukkan minat mendalam dengan bertanya macam mana hari kamu dan bertanya pendapat kamu mengenai sesuatu perkata.
  • Dia mula meluangkan lebih masa dengan kamu. Dia mula mengajak kamu untuk minum kopi atau makan tengahari. Kamu akan tahu yang hubungan kamu mula berputik bila dia makin kerap mengajak kamu.
  • Dia berkongsi rahsia dengan kamu. Ramai lelaki yang tak suka bercakap mengenai diri mereka. Jadi bila dia dah mula kongsi perasaanya, atau bawa kamu ke tempat-tempat sunyi yang biasa dia pergi seorang diri, ini mungkin bermakna yang dia sukakan kamu.
  • Dia mula menjadi seorang ‘gentleman’ dengan membawa buku kamu dan menarik kerusi kamu. Ia mungkin bermula dengan benda-benda ringkas yang mudah. Sekiranya kamu memang tak menjangkakan benda-benda begini dan ia lebih kerap berlaku, kemungkinan besar si dia menyukai kamu.
  • Kamu mula terserempak dengannya di tempat yang kamu tak sangkakan. Tiba-tiba je dia pun turut serta dalam kelas yoga kamu walaupun sebelum ni dia tak pernah menyukai yoga.
  • Hmm yang peliknya dia mula mengelak untuk berjumpa kamu. Sesetengah lelaki memang pemalu. Bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk mereka kelihatan seperti tak menyukai kamu tapi yang sebenarnya si dia tengah berdebar-debar. Lelaki pun kadangkala takutkan perasaan mereka. Jadi, janganlah kecewa bila ia terjadi. Ia mungkin akan ambil masa untuk si dia menyedari perasaannya terhadapmu.

Cinta pandang pertama. Wujud ke?

Cinta pandang pertama mungkin berlaku terhadap sesetengah orang. Ia mungkin tarikan serta-merta yang dirasai sebaik sahaja seseorang itu terlihatkan orang yang lain. Ia juga mungkin berlaku beberapa kali dalam hidup. Walau bagaimanapun, hanya beberapa tarikan serta-merta ini berkembang menjadi hubungan percintaan. Ada yang akan jatuh cinta apabila orang yang mereka temui itu kelihatan seperti selebriti yang mereka minati. Personaliti atau bakat seseorang juga boleh menjadi tarikan kali pertama mereka berjumpa. Namun begitu, kamu patut tahu yang mencintai seseorang itu tidak bermula pada pertama kalinya. Mungkin ia akan nampak begitu kerana tubuh dan otak kita bertindak balas terhadap perjumpaan pertama tersebut. Bahagian awal tarikan mungkin merupakan kegilaan dan bukannya cinta. Apabila kamu semakin matang dan mula berada dalam perhubungan, kamu mula sedar yang cinta hadir dengan komunikasi yang bagus dan tanggungjawab yang besar. Jadi nikmatilah kehidupan dan cuba untuk belajar satu benda pada satu masa. Belajar dari ibu bapa ataupun rakan kamu. Pengalaman mereka boleh mengajar kamu pelbagai benda mengenai perhubungan.

sumber : kotex

No comments: