Thursday, April 22, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN KOR RAJD

22APRIL setiap tahun adalah tarikh keramat bagi KOR REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA (RAJD) bagi menyambut hari kebesaran mereka pada tarikh ni.. pada tarih sebegini sememangnya banyak acara wajib bagi anggota melaksanakan bagi menjayakan hari jadi kor mereka...

kat sini nak amik peluang memperkenalkan RAJD..jom tgk....
ni adalah lambang RAJD
ni biase dipakai kat barrey la..
ni bendera RAJD..
yang ni kire cam jata rasmi..(kot la..)

sini ade sedikit cerita ape tu RAJD..sesi memperkenalkan kor..
"BERUSAHA BERFAEDAH" adalah cogan kata bagi kor ini..
1. Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah ditubuhkan pada 22 April 1953. Seperti Kor-kor lain juga, RAJD telah mengalami berbagai perubahan sejajar dengan perkembangan dan pembesaran Tentera Darat Malaysia. RAJD bermula dengan peranan awal yang terhad dalam membantu operasi TENTERA PERSEKUTUAN menentang komunis, khasnya dalam tugas-tugas memusnah bom, membersih kawasan periuk api, membina jalan, jambatan, landasan kapal terbang serta menyediakan bekalan air. Sekarang RAJD mampu memainkan peranan yang lebih luas dalam membantu pembangunan negara setelah dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan peralatan dan jentera serta mempunyai pegawai-pegawai dan warga RAJD yang berkemahiran tinggi.

2. Dengan cogan kata "BERUSAHA BERFAEDAH" RAJD yang pakar dalam kejuruteraan tentera terbukti telah menyumbangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara termasuk menyediakan tenaga mahir kepada sektor awam apabila anggotanya bersara. Sebagai tanda pengiktirafan, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah berkenan mengurniakan gelaran DIRAJA pada 6 Jun 1992. Seterusnya pada 5 Jun 2004, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sekali lagi telah berkenan mengurniakan Panji-Panji Diraja kepada RAJD.

SEJARAH REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA

3. Sejarah penubuhan telah bermula dengan rasminya pada 22 April 1953 dengan penubuhan pasukan JURUTERA MALAYSIA pertama dikenali sebagai 76th Federal Field Squadron di Balaclava Lines, Kluang. Anggota-anggota dari pasukan ini telah dilatih di Pusat Latihan Tentera British bertempat di Nee Soon Singapura dan Kluang.

4. Apabila negara kita hampir mencapai kemerdekaan, Tentera British telah merancang untuk membubarkan RE Field Regiment dan menyerapkan anggota daripada Rejimen kepada FEDERATION ENGINEERS. Pada 15 Julai 1957, Skuadron Jurutera Kedua telah ditubuhkan dengan kekuatan seramai 201 anggota daripada 75 th Malayan Field Squadron. Sementara itu, 76th Federal Field Squadron, FEDERATION ENGINEERS telah ditukar designasi kepada Skuadron Jurutera Pertama kerana ia merupakan pasukan pertama jurutera dalam TENTERA PERSEKUTUAN.

5. Semasa penubuhan 1 Skuadron Jurutera dan 2 Skuadron Jurutera, Cawangan Jurutera Tentera Persekutuan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dengan diketuai oleh Leftenan Kolonel RA Blakeway OBE RE sebagai Komander Jurutera. Sekarang, organisasi ini dikenali sebagai JABATAN ARAH JURUTERA Markas TD yang diketuai oleh Ketua Jurutera berpangkat Brigedier Jeneral.

PERANAN DAN TUGAS

7. RAJD adalah sebuah organisasi Bantuan Tempur dan peranan utamanya adalah untuk membantu Angkatan Tentera Malaysia untuk bertempur, bergerak dan hidup semasa perang.

8. RAJD perlu melahirkan pegawai-pegawai yang kompeten di setiap peringkat pemerintahan dalam Tentera Darat untuk memberi nasihat kejuruteraan medan kepada komander mengikut situasi peperangan. Setiap operasi jurutera akan melibatkan tenaga kerja, bahan binaan, kewangan, pengangkutan, peralatan dan masa.

9. Peranan RAJD adalah :
  • Semasa Peperangan - Membantu Tentera Darat untuk bertempur, bergerak dan hidup.
  • Semasa Aman - Berlatih untuk berperang dan membantu kerajaan dalam pembangunan negara.
  • Semasa Darurat dan Bencana Alam - Membantu kerajaan memulihkan dan mengendalikan perkhidmatan penting negara iaitu pelabuhan, keretapi, bekalan air dan bekalan elektrik serta memulih ketenteraman awam.
10. Tugas-tugas RAJD adalah:
  • Memperbaiki Mobiliti Pasukan Sahabat:
  • Membina laluan.
  • Membina kemudahan menyeberang sungai.
  • Membina tempat pendaratan helikopter.
  • Membina jambatan rekaan.
  • Membersih padang periuk api.
  • Mematahkan Mobiliti Pasukan Musuh:
  • Membina anti-tank ditch.
  • Memusnahkan jalan.
  • Membina halangan.
  • Membantu Kemandirian Pasukan Sahabat:
  • Menyediakan bekalan air.
  • Membantu dalam operasi Pertahanan Nuklear, Biologi dan Kimia (NBK).
  • Melakukan Kerja Kejuruteraan Am:
  • Membina tempat kediaman medan.
  • Membina kubu
link here

hmm mesti tertanya2 kan nape aku buat entry ni?
sebab :
  1. saje2..
  2. sebagai tumpang same meraikan hari jadi kor..(walaupun aku bukan askar kor ni)
  3. sebagai menghargai mereka yang berada dalam kor2 ni..(antaranya STAF MASRI, ENCIK RIDWAN, MEJAR AMINUDIN..diorang ni ade kat KEM MAHKOTA KLUANG)
  4. sebagai meraikan mereka yang berkhidmat di bawah kor ini..(more kepada kengkawan ku yang banyak bermastautin di KEM BATU KENTOMEN..buat ,MOHD HAFIZ BAHARi,,KHERIL, SYAM, YUSOF, AMIR N TAK IGT LA NAME KORANG SEMUA...)
TU JE LA SEBAB2NYA...al maklum lah.. sian kat kawan2 ku yang da 3 minggu lebih penat kawad n fitik ea..takpe2 pasni dapat wekend kan...jom gathering..haha...

pape je la...asalka aku puas hati sebab buat entry pasal ni tuk mereka...korang la yang terbaik..bangga seyh jadi kawan korang..huhu..
thats all..
hope sedikit sebanyak all reader leh kenal kor ni sikit sebanyak....
tu je..daaaaaaaa..

1 comment:

Sansan Onwan said...

minat nak join regular yah?
hehehehe
bagus2...