Tuesday, September 28, 2010

ade kelapangan sedikit...

setelah sekian lame menyepi diri sejak dari ramadhan hari tu kini aku kembali semula...
memang ari2 terniat dalam hati nak menghasilkan satu entry di sini setiap hari paling kurang..
n paling pendek pun biar la sepatah o dua baris je dalam satu entry...
tapi kebizian yang teramat telah menguasai diri menyebabkan aku takde mase langsung nak update blog ni..

lau tul la leh nampak sawang agaknya da memang bersawang yang teramat dan da sampai tahap gaban da kot...
arini terasa nak menulis sebab aku telah berjaya menyiapkan asignmen undang-undnag tort dr basir dengan jayanya dalam masa dua hari ini...hee tak bek sebenarnya keje bertangguh...
t mencuri masa..
tapi aku da cari lame da input tuk letak dalam asignmen tu cume malas nak ngadap laptop...

faktor aku lambat siapkan asignmen ni sebab aku kena buat sorang2 asignmen tu..student yang amik subjek tu 20 org je...semua ade patner ikutkan tapi ade satu patner tu akan laki ngn perempuan. tapi lec aku tak nak nyusahkan student n takut gaduh laki ngn perempuan so dia bagi la keje tu sorang2 dan 9 lagi pasangan dapat berpatner...seronok la keje patner le devide tugas...lau buat sorang2 pun bagus gak...tapi tangung la sorang2..
da aku adalah mangsa yang kena buat sorang2..
tapi pape hal pun terima kasih kat dr basir sebab bagi saya buat sorang2..saya dapat setlekan keje saya sebaiknya....
hoooyehhhh....

teras ringan sedikit kepala bila asignmen da siap..tgl ag satu asignmen yang lum sampai giliran... n tesis yang tak siap2 ag...
tambah ringan kepala bila baru2 ni ade mid n dapat jawab dengan sebaiknya..
walaupun masih bermood raya tapi aku stil fokus lagi on my stdy..
syukur pada ALLAH atas nikmat yang diberi..

note : hati senang seketika...
otak ringan sekejap....

Sunday, August 22, 2010

roh di bulan Ramadhan

Pagi tadi sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan.

Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan yang bermaksud:
apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sesame la kite besedekah... pada roh roh tu


" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhakmenyayangimu,Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"