Monday, March 22, 2010

Pentingnya H2o

hmm h2O..korang tau tak tu ape?tau kan..pernah belajar sains kan dulu..h2O tu = air..sebenarnya saje je nak share asal info ni..ade la terbace satu artikel n say yang air tu memang sangt penting...antara kepentingan air ialah :
  • Air dapat menurunkan selera makan dan mengurangkan rasa lapar.
  • Membantu tubuh dalam proses pembakaran lemak yang menggumpal.Kerana hati akan mengalami kesulitan dalam menjalankan fungsinya ketika buah pinggang tidak mendapatkan air yang mencukupi.
  • Mengurangkan lebihan lemak dibadan.
  • Mengatasi masalah penyumbatan air pada saat tubuh menahan air yang ada didalamnya agar tidak kehabisan.
  • Mengurangi tumpukan sodium didalam tubuh.
  • Membantu memelihara kesihatan otot dan kelenturannya.
  • Mebersihkan kotoran-kotoran dan zat-zat beracun didalam tubuh.
  • Mengatasi kesulitan buang air besar.

Oleh itu para pakar menyarankan kita untuk minum 1-5 liter air sehari, ditambah lagi dengan 250ml sehari apabila berat badan kita bertambah 10kg

sumber :pakarhowto

so sebenarnya lau ikut logik pun memang leh pk kan air tu salah satu keperluan asas manusia yang terpenting...

lau takde elektrik stil leh survive ag tapi lau takde air boleh mati la manusia...

MU terbaik la this year..hoooyehh!!!!

Liverpool tersungkur


PARK JI-SUNG (kiri) menjaringkan gol kemenangan United sambil cuba dihalang pertahanan Liverpool, Glen Johnson pada aksi di Old Trafford malam tadi. United menang 2-1.


MANCHESTER – Liverpool tersungkur di Old Trafford semalam tetapi masih mempertahankan reputasi cemerlang mereka ke atas Manchester United.

Dalam lima pertemuan terakhir mereka sebelum ini, Liverpool menang empat kali dan semalam merupakan kekalahan kedua tentera The Reds itu kepada United.

Kemenangan 2-1 skuad bimbingan Alex Ferguson itu diperoleh menerusi jaringan Wayne Rooney dan Park Ji-sung sekali gus merampas tangga teratas Liga Perdana England daripada Arsenal.

United kini mengumpul 69 mata selepas 31 perlawanan, mengatasi pendahulu sebelum ini, Arsenal yang turun ke tangga kedua dengan 67 mata.

Chelsea pula menduduki tangga ketiga dengan 64 mata tetapi mereka boleh memintas kedudukan Arsenal jika berjaya menewaskan Blackburn pada perlawanan awal pagi tadi.

Pada aksi di Old Trafford malam tadi, Liverpool terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Fernando Torres yang mudah menanduk masuk bola hantaran Dirk Kuyt pada minit kelima.

Namun kelebihan Liverpool itu hanya bertahan selama tujuh minit setelah Javier Mascherano menjatuhkan pemain sayap United, Antonio Valencia di dalam kotak penalti.

Biarpun sepakan penalti yang diambil Rooney berjaya diselamatkan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina, namun penyerang England itu pantas menolak masuk bola muntah tersebut untuk gol penyamaan United pada minit ke-12.

Ia merupakan gol ke-33 Rooney musim ini.

Gol kemenangan United diperoleh pada minit ke-60 setelah Ji-sung melayangkan badannya untuk menanduk hantaran Darren Fletcher dari sebelah kanan, sekali gus memberikan tiga mata berharga buat United. – Reuters

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm