persoalan
jika datang memang membuntukan
menyakitkan kepala
menyusahkan hati
mungkin mudah jika apa sahaja yang datang
tetapi tidak
pasti sekali bersama bagaimana, kenapa, siapa, di mana,
memang sukar
lagi-lagi tidak menemukan jawapan
ataupun jawapan yang membawa lebih banyak soalan
jalan perlu dilalui untuk bertemu jawapan
walaupun jalan mati yang selalu ditemui
ataupun jalan yang ditemui masih belum berpenghujung
untuk bawa kepada jawapan
sehingga jemu pula yang bertamu
tapi persoalan perlu di jawab
mungkin ada halangan yang melengahkan penemuan
kegelapan pula membawa kepada kesesatan
seterusnya melambatkan sehingga tidak berpeluang bertemu jawapan
tambahan apabila persoalan baru timbul
kerana persoalan itu pasti hadir bersama masa
masa yang mengbatas pencarian jawapan
kepala punya akal
hati punya naluri
tubuh punya roh
yang telah ditetapkan dari azali
kepala pening berfikir hati resah merasa tubuh letih mencuba
mungkin jawapan yang difikirkan tidak menyenangkan hati
tetapi tubuh terpaksa meneruskan
kerana masa tidak menunggu
mungkin pada dasar merasa terpaksa
tetapi kepala berfikir itulah jawapan yang ada
hati merasa itulah terbaik
tubuh terpaksa akur
mungkin silap kepala selalu lupa
atau hati tersalah rasa
kesilapan telah dilakukan
kesilapan perlu dibetulkan setelah jawapan sebenar ditemui
jangan terlalu lena dalam gelita
sehingga tidak sedar akan kehadiran sinar
pada jawapan yang dicari
selagi masa masih mengizinkan
selagi masih dalam perjalanan
teruskanlah mencari jawapan
mungkin terasa letih
ataupun rasa tiada daya
namun jawapan dihujung jalan perlulah ditemui
supaya kebahagiaan hakiki yang diimpi
dapat dinikmati
insyaAllah…
No comments:
Post a Comment