Friday, July 23, 2010

kembali ke ukm

salam kepada yang sedang membaca...
sepatutnya entry ni da post awal2 ag da..tapi bz giler tak usah nak kate...

kini diriku sudah kemabli ke UKM...
sudah menjadi pelajar kembali....
sedah perlu ke kuliah kembali...
sudah perlu ke tutorial kembali...
sudah perlu meyediakan diri tuk buat asignmen...
sudah perlu memerah otak buat proposal n siapkan tesis...(maklum je la..da final year)
sudah perlu menghadiri kembali latihan palapes...

banyaknya benda kena buat...
masa perlu di aturkan degn sebaiknya...

aku balik ukm pada 10 aribulan julai..sebab ade kuliah diploma yang pertama..so kena la hadir...
then sedih pada masa yang same kerana haritu adalah besday mak..tak dapat nak sambut..da la besday sendiri pun tak de di sisi family..time2 precious moment aku selalu tiada di sisi mereka yang aku sayangi...bersabar..(org kate) sebab satu hari t akan ada juga masa utk itu..
tapi camne lau tak sempat..?kan kita tak tau umur kita ni pjg ke pendek...tak semua org akan mati bile da tua...ade gak org yang mati pada awal usia...KEMATIAN TAK MENGENAL USIA...

melalut plak sampai ke situ,tapi bvagus sebab mengingati mati adalah separuh dari iman...

bila da balik ke ukm banyak benda nak kena buat dan nak kena settlekan...
sekarag sudah bergelar student finak year..tak sabar nak abes blaja...

stdy..
utk degree sem ni aku amik semua subjek undang-undang..
ni subjek2nya:
  1. undang-undang acara sivil
  2. undang-undang acara jenayah
  3. undang-undang keluarga
  4. undang-undang tort
  5. fiqh mawarith

semua 3 kedit
gayanya cam susah tapi nak gak belajar sebab nak ilmu...tambah2 bile pas abes praltikal ni berkobar2 semangat nak stdy nak penuhkan ilmu di dada..sebab aplikasi ilmu tu sangat la perku time nak keje t...

k..cukup la setakat ni je dulu ..akan diupdate kemudian...


Sunday, July 11, 2010

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya. Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesannya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.


Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang soleh mendapat seksaan Allah di zaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Kedua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan
anak2nya.

Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU
mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik.
Insya-Allah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa di bawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi
yang penting bukanlah ' mempunyai ' tetapi MESTI! menggunakan dengan bijak.

kredit hasil share bacaan di sini

MuTiara Kata..

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."

hadis tuk ari ini...

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. "