Sunday, June 20, 2010

KITA TAKUT MAYAT atau KITA YANG TAKUT MATI?

KAWAN SAYA ADA PENGALAMAN MEMANDIKAN JENAZAH.. MALAM PERTAMA DIKUBUR ..petikan dibawah rasanya perlu dibetulkan....

Hari itu.... mayat sangat dimanjakan

Mandipun...harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....

Tak ada sehelai benang pun menutupinya. .

Tak ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan


SILA BACA SAAT2 KAWAN SAYA MEMANDIKAN JENAZAH DI SALAH SEBUAH HOSPITAL...

memang BENAR kita kena bersihkan

badan dan najis nye... tapi bukan dengan aurat yang terbuka...

saya takut orang ramai salah faham.. bila baca citer di atas tu...




>>>>>>>>Pengalaman sebenar memandikan jenazah



Sebenarnya saya sgt penakut... sejak kecil hinggalah dah menghampiri usia senja.,,,

Takut saya memang tak bertempat... dengar muzik seram pun saya tak boleh....

Takut gila orang kata... kalau kena sergah pun boleh lemah kepala lutut....

Apa lagi nak tengok cite hantu... eehh tak sanggup saya ... nanti tak tidur malam

berbulan2...

Yang pasti kalau pegi hospital saya memang tak nak tengok pun sign board

"RUMAH MAYAT". Seram dibuatnya.. macam2 yang saya bayangkan...kalau boleh lalu jalan lain lagi baik...

Baru-baru ini surau kawasan saya ada menganjurkan kursus pengurusan jenazah untuk penduduk setempat.

Saya turut mendaftar dengan niat untuk belajar dan mendapatkan ilmu. Selama ni,, tengok orang2 tua je ambil kursus ni,,, tapi sedar tak sedar kita pun dah tua... kena juga ambil tahu pasal FARDU KIFAYAH ni...

Ingatkan kursus tu dengar ceramah dan buat demo je... masa tu tak rasa apa2 pun... sebab yang kena bungkus tu pun kekawan sendiri...

Bila dah tamat kursus tu... tak sangka pula Ustazah mempelawa sesiapa yang berminat untuk menguruskan jenazah sebenar (tanpa waris) di hospital yang tertentu..

Ramai yang tak sanggup ... sbb kita sendiri tak tahu macamana dan siapa yang akan kita uruskan... semuanya bagi komen negative..

Tengok kkawan yang bagi nama.... Saya berada di persimpangan.. nak ke?? Suara2 negative terus kedengaran... isshh macam2 dia orang dok mengomel....

Sanggup ke?? Issh... seumur hidup saya tak pernah mengadap atau membantu kerja2 kematian. Kalau ada kematian ahli keluarga pun saya tiba selepas semuanya selesai... maklumlah kampong kita nun jauh di sana.... macamana eekk...

Aahh... peduli lah orang nak cakap apa... ikut gerak hati lebih baik....bagi je lah nama..

genap seminggu jiran saya terima call, peluang untuk menguruskan jenazah tanpa waris...di sebuah hospital. saya tak mahu fikir yang bukan2... terus bagi jawapan YA....

Ya allah kuatkan hati ku.... aku ini sangat lemah... aku sangat takut... sempat juga saya minta tip dan pantang larang dalam menguruskan jenazah dari kkawan yang senior.. allahamdulillah ada juga kawan2 yang berpengalaman bagi sokongan..

Hari yang ditunggu sudah tiba.. sebelum keluar rumah saya solat hajat 2 rakaat semuga tuhan beri kekuatan dan ketenangan pada saya...

Tiba di lokasi.... Ada 3 orang dari jabatan agama sudah menanti. Pertama kali memasuki bilik persiapan jenazah.. fikiran kosong... yang saya nampak kain kapan yang sudah siap dipotong... surah yasin.. tempat pemandian jenazah yang masih kosong...saya minta diri ke bilik air... bila kembali ke bilik tersebut... jenazah sudah berada di depan mata.... saya mengigil pertama kali melihat jenazah berbalut kain putih di hadapan mata....dan mencium bau mayat buat pertama kalinya...
apa lagi mayat yang entah berapa lama disimpan......
maklumlah tiada waris yang menuntut dan kita pun tidak dibagitau camana dia meninggal atau di jumpai...


Perasaan takut mula menerpa... serbasalah dibuatnya....kenapa aku berada di sini... suasana terasa amat asing....... Sebelah kaki melangkah ke depan... sebelah lagi mahu lari jauh-jauh... tapi bila melihat semuanya memulakan tugas dengan senyuman sedikit demi sedikit perasaan gementar hilang...

Saya tak dapat bayangkan, bila kain putih dibuka nanti... macamana rupa jenazah itu... tiada tempat untuk saya melarikan pandangan lagi...Ya Allah kuatkan hati sehingga selesai tugasan ini....

Nasib baik ada seorang gadis yang lebih muda dan lebih berpengalaman menguruskan jenazah dari saya ada di situ... malu gak kalau ... alih2
kita pula yang melompat keluar...


Bila kerja memandikan jenazah dimulakan.. saya berdiri di belakang sedikit... dan mula melihat kearah hujung kaki jenazah... dari situ saya mula mengumpul kekuatan untuk membantu ..... dan kuatkan hati untuk menatap wajah jenazah..... ALLAHAMDULILLAH... bila saat mengiring dan membasuh muka jenazah saya sudah hilang gementar... saya hanya berselawat dan berdoa semoga dosa2 simati diampunkan... selesai dimandikan, jenazah diwudukkan kemudian dikapankan sebaik mungkin... tugas saya sudah selesai.....

PENTING... SEPANJANG MEMANDIKAN JENAZAH SELURUH BADAN DITUTUP DENGAN KAIN PUTIH (KAIN MANDI JENAZAH).. TEMPAT2 SENSITIF HANYA SORANG SAJA YANG MENGURUSKAN.... SO JANGAN INGAT KITA BOLEH SESUKA HATI NK TENGOK PART2 SECRET.

INGAT.. MENJAGA AURAT/AIB SI MATI SAMALAH KETIKA MEREKA HIDUP DI ATAS DUNIA....


saya kembali ke rumah dengan mengucapkan syukur pada Allah dengan bersolat sunat kerana menguatkan hati sepanjang tugasan ini. Bila malam perasaan takut menerpa lagi, takut diganggu mimpi atau bayangan yang bukan2... tapi syukur selepas beberapa hari semuanya selamat.

Selepas peristiwa itu, perpersi saya terhadap kematian sudah berubah...kenapa kita sangat takut dengan mayat.... Sebenarnya kita tak takut dengan mayat...tapi kita mula mengasingkan orang yang pernah kita sayangi...sanjungi.. hormati... bila kematian menjemput!!!! Kita anggap orang yang mati akan bertukar menjadi hantu... yang akan menganggu hidup kita...wajah orang yang mati pun kita tak sanggup tengok,,, pada kita wajah orang mati menakutkan dan mengerikan ,, kesian lah kat orang yang mati tu... hormatilah jenazah sebagaimana kita menghormati dia ketika hidup...yang pasti orang yang mati tidak memberi mudarat pada kita yang hidup...

Yang banyak terjadi ialah gangguan syaitan, lebih2 ketika saat kematian dan selepasnya. Bacalah ayat kursi untuk pendinding dari syaitan.


Mungkin ada yang tak tahu kenapa mata mayat terbuka dan mulut ternganga...yang tak tahu macam saya mesti fikir yang bukan2 pasal simati..

Yang sebenarnya mata yang terbuka... mulut yang ternganga selepas kematian adalah kerna mengikut ROH nya keluar..........

Bukan kempunan tak dapat makan ke,,, tak dpt juMpe orang tersayang ke ... atau apa saja yang kita fikirkan sebelum ini....

usah lah kita menghina cacat cela atau bau yang kurang enak pada simati... kita sendiri pun tak pasti macamana keadaan kita bila mati nanti... mati sakit ke??? Mati tua ke??? Mati accident ke??? Mati lemas ke???? Yang pasti walau macamana cara pun kita dimatikan... hanya amalan yang jadi bekalan... bukan paras rupa dan harta benda yang dibawa... hanya kain putih yang membaluti tubuh ...

orang yang mati pun punya maruah dan aurat untuk dijaga. Jangan sekali2 membuka aurat simati jika tidak diperlukan....apa lagi bercerita tentang cacat cela semasa hidup atau mati,,,

sementara hidup ... hiasi lah wajah kita dengan wuduk yang sempurna sepanjang masa, basahi lah lidah kita dengan zikirullah... ikhlaskan hati ketika membuat perkara2 yang baik.... Rajin-rajin lah bersolat malam... untuk menerangi alam kubur. Saya berpesan untuk diri saya sendiri dan kekawan yang disayangi.

Yang pasti... yang kita takut ialah kematian....bukan mayat... sebab bila kita mati kita pun akan jadi mayat... kita pun memerlukan orang yang hidup menguruskan kita hingga ke tanah perkuburan. apa perasaan kita kalau tak ada orang uruskan jenazah ahli keluarga kita kononnya takut terkena badi mayat...atau tak tahu langsung cara2 menguruskan jenazah....

Syukur pada Allah kerana masih memanjangkan umur kita hingga ke hari ini... bertaubatlah... beramal lah sebanyak dan sebaik mungkin...untuk bekalan dihari yang tiada lagi jual beli dan tebusan!!!!

Yang baik itu dari ALLAH... salah dan silap itu dari kelemahan saya sendri... ini hanya lah secebis pengalaman peribadi untuk dikongsi...peringatan bagi diri saya sendiri!!!

Nasihat Imam Al-Ghazali

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

lelaki sejati....


Aku bertanya pada Ibuku,
bagaimanakah lelaki
sejati ?
Ibuku menjawab, Nak...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang
kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang
disekitarnya...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang
lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan
kebenaran...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap
bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia
di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia
dihormati didalam rumah...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya
pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami
persoalan...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang
bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya
wanita yang memuja, tetapi komitmennya
terhadap
wanita yang dicintainya...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia
menghadapi
lika-liku kehidupan...

Lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya
membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia
menjalankan apa yang ia baca...

Sabar itu iman...
duit bukan kawan...
dunia hanya pinjaman...

dan..
mati tak berteman...

bermakne...


dalam kehidupan kasih sayang jadi keperluan
bantu membantu itu satu kemestian...
buatlah kebajikan sebagai satu bekalan
tak kira masa datang kematian..

dalam meniti hari insan sering lupe diri
lupakan perintah ALLAH lebih mementingkan duniawi
bagaikan hidup tidak akan mati..

igtlah hai teman
dunia hanya pinjaman
tak kira masa datang kematian....

Tuesday, June 8, 2010

istimewa wanita n malangnya wanita...

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

cuti mode...

bunyi je tajuk entry cam la aku tengah bercuti..gamaknya n malangnya tidak..aku tidak bercuti....
di kala semua student IPT bersenang lenang di rumah menghabiskan cuti sem ibarat cam honeymoon pas exam aku plak terpaksa menghabiskan sesi praktikal kat JB...
da la tak jumpe mak abah...sadis giler la jadi aku..time stdy memang da jauh da..time stdy dah memang payah nak balik hujung minggu sebab bz ngn progm n kelas time wekend..tau je la dak2 IPT ntah ape je yang diaorang buat kat sane...tu la antara keluhan ibu kat umh tat kala aku tak balik lame sangat...
ni time praktikal pun duk menyewa kat jb..pun sekali sekala baru nak balik umh...
pasrah je la...

tahniah kepada adik2 yang masih ag bersekolah n semua cikgu2...sebab sekarang cuti sekolah kan..so selamat bercuti diucapkan...besnya korang dapat cuti..nak gak cuti...huhu...

lau duku time kecik2 lau cuti je mesti aku kena balik kampung duk ngn atok..kat kampung buatla aktiviti kekampungan contoh berkebun n cam2 la..tapi lau nak bezakan cuti sekarang n gn cuti dulu mesti jauh beza giler..ye la..zaman da maju..dunia da moden...

sekarang cuti..dak2 akan topup tdo sampai matahari mencarak kat langit..selagi tak zohor o selagi perut tak lapar mesti tdo ag...tak pun sekarang mereka cuti habiskan masa dean tb tgk cd n movie tak pun ngdap komputer o PS..
hmmm memang jauh la sangat nak dibezakan..
tapi adakah denagn cara dan budaya ini akan menjana tumbesaran kanak2 o ank2 zaman sekarang?

hmm semuanya di tangan ibu bapa masing2...anak2 ni ibarat kain putih...mak ayah la yang corakkan kehidupan mereka....renung2kan la apa yang akan terjadi?,......


Sunday, June 6, 2010

syukuR atas nikMatNYa...

dgn ini sekali lagi aku ingin memanjatkan seinfiniti kesyukuran kepada ALLAH swt atas nikmat dan kurnianya yang paling terbesar dalam hiduo ini iaitu nikmat IMAN dan ISLAm...

mg la ari2 kita syukur tapi hari ini adalah hari yang paling aku sangat bersyukur sebab baru cek result exam..syukur alhamdulillah sebab result meningkat dari sem lepas..walaupun sedih sikit sebab tak dekan tapi syukur dengan ape yanga ku dapat..setimpal denagn apa yang usahakan selama ni...
sekarang debar menunggu result diploma guaman dan kehakiman..harap2 aku masih dalam lingkungan rahmat dan NIkmATNYA...

di kesempatan ini juga aku nak ucap tahniah pada kawan seperjuangan sebab semua result meningkat...n syukur sebab stdy group yang kita usahakan membuahkan hasil yang setimpal dgn udaha kita semua..moga alternatif ini akan terus dipanjangkan sehingga abes semester 6 t..

k tu je...gembira,..nak habaq kat ma ngn abah...tak sabar...daaaaa

Tuesday, June 1, 2010

review Bulan Mei...

pejam celik..pejam celik da masuk da bulan jun.semakin hari semakin cepat waktu berlalu..dan tanpa kita sedari ade banyak yang kita tak dapat nak garap semuanya yang berfaedah dan perkara2 baik2 tuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita kan..
tapi yang penting kita kena sentiasa sedar diri, dan sentisa meningkatkan prestasi diri serta keimanan kita pada Allah sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini..tu tugas yang paling basic n paling utama yang perlu di utamakan dalam kehidupan kita seharian sebagaiu seorang manusia dan insan di bumi ini...

entry ni khas dinukilkan sebab tak sempat nak post ari2 tuk bulan mei..so just buat sekali lalu o sekali lalu je..

kebizian semakin mencemburui diri bile kita da melangkah ke suatu situasi kan.so sebagai insan just be flexible person la...

bulan mei..terlalu banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan seharian sehinggakan tak sempat nak rakam satu persatu in this area...

awal bulan mei..ade HARI IBU..hampir satu dunia sambut hari ini bagi meraikan mereka2 yang bergelar ibu..tapi bile tengok2 balik cam sayang ibu ni jadi musim plak..huhu,,sepatutnya benda ni haruslah berterusan dalam hidup kita.tak perlu la tgu hari ibu baru nak say thank you kat emak atas segala jasanya selama membesarkan kita..harap kasih sayang kita terhadap ibu adalah sentiasa berterusan tanpa tunggu musim untuk meghargai jasa ibu..hari2 adalah hari untuk kuta menyuburkan rasa sayang kita pada ibu..doakan kesejahteraan dan kebaikan tuk ibu setiap hari.lau bleh setiap kali pas azan, pas solat n semua waktu yang difikirkan munasabah...

tak ketinggalan pula selepas itu, ade plak HARI BELIA...hari belia jatuh pada 15mei setiap tahun..selamat hari belia kepada mereka yang bergelar belia2 iaitu mereka yang berusia 19 hingga 40 tahun..tu la belia..lau tak silap la..moga kita semua dapat menyumbangkan sesuatu tuk meningkatkan prestasi negara, bangsa, agama serta diri sendiri...

16 mei..adalah HARI GURU. di kesempatan ni aku juga ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua guru2 yang pernah memberikan ilmu kepada diri yang serba kekurangan dan hina ini ag kerdil..terima kasih atas segala ilmu yang diberikan secara langsung atau tidak langsung..
tuk guru2 ku di:
  • tabika kEMAs kem terendak, melaka(tadika kat sini)
  • ustaz2 KAGAT kem terendak ,melaka(belajo ngaji n fardu ain mase umo 5 thun)
  • guru2 SK KG TENGAH , kluang, johor(darjah 1-6)
  • cikgu2 n warden2 SMK jalan batu pahat 0 smk tun hussien onn, kluang,johor (form 1-5)
  • cikgu2 SMK TINGGI KLUANG, johor (form 6 jap sebulan)
  • para pendidik dan pentarbiah KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH,klang (form 6)
  • para lecturer UKM bangi..
  • n semua yang pernah memberi ilmu secara langsung o tak langsung kepada diri ini..
pas 16, 17..17mei adalah ulang tahun kelahiran ku..aku dilahirkan pada tarikh ini..tapi taun ni tak sambut sangat sebab sorang je time birthday..umur semakin bertambah tapi hayat semakin pendek..terpikir gak cukup ke amalan yang nak dibawa ni..rase diri tak lengkap ag..tapi kematian semakin menghampiri..YA ALLAH AKU MOHON PERLINDUNGAN DARI MU DARI SEGALA BENCANA DAN MUSIBAH..AKU MOHON AGAR SENTIASA DALAM LINGKUNGN RAHMAT DAN NIKMATMU YA ALLAH..ameennn..

tarikh2 lain dalam bulan mei aku habiskan dengan menjalani kehidupan sebagai pelajar praktikal di mahkamah syariah JB..banyak input serta maklumat yang aku dpat selama aku berkhidmat kat sini walaupun sebagi stdent praktikal je..da cam org keje situ da,.hek2..(perasan lebih)..
cam2 ragam org yang datang ke mahkamah tu na macam2 kes yang difailkan tuk bicara serba sikit aku amik iktibar n jadikan guide tuk meneruskan baki kehidupan ini...

sekrg da masuk bulan jun..tgl ag sebulan tuk abes praktikal...tak sabar la..hehe..penat otak deh..
cukup tu dulu tuk this entry..next time aku nukil ag..till meet u next time..salam..


FreeDom FLotiLLa

hari ini kita dikejutkan ag ngn kekejaman kemanusiaan.. lau bace paper arini, Muke depan sume pasal Penyerangan Israel ke atas kapal Mavi Marmara, Kapal utama Volunteers ke Gaza.hmm dalam tazkirah pagi mase kat mahkamah pun ade gak sentuh pasal ni..so mau la share sikit info pasal isu ini...
Serba sedikit pasal Misi ke Gaza FREEDOM FLOTILLA:
  • Terdiri daripada 600+ orang volunteers yang menyertai dari Malaysia, Turkey, Indonesia dll
  • Voluteers yang menyertai adalah dari kalangan Doktor, Ahli2 ilmuan, Ulama', Ahli parlimen, Student, journalist, reporter, seorang kanak2 berumur kurang 1 tahun, seorang warga emas berumur 80 tahun. basically rakyat biase BUKAN tentera.
  • Membawa muatan lebih kurang 10 tan yang berupa barang2 medical, makanan, fuels, dan lain2
  • Wakil Malaysia adalah seramai 12 orang yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G)
Sepanjang perjalanan mereka dari Turki, mereka sentiasa bermunajad, memohon kepada Allah memudahkan perjalanan mereka.Ada yang mengikuti kelas bahasa arab dan lain lain.

Sampai harini, 19 orang telah syahid (beruntungnye depa) dan 50 orang cedera. MasyaAllah banyaknye dugaan ke Gaza, depa time kene serang tu da dekat sangat2 dengan gaza which is 65km dari Gaza. Dan harini masih tataw ape yang terjadi sebab bilik media depa telah dikuasai oleh tentera israel.

Tadi aku ade tengok klip news RT News kt Moscow. Salah seorang pembaca berita menemu ramah wakil dari Israel , Dr Raa'anan Gesen bekas penasihat Arel Sharon kt Tel Aviv dan Abdul Karim wakil dari pemimpin Palestine dari West bank.
lebih kurang isinya begini:

"Mereka menyerang untuk mempertahankan diri mereka dari Hamas,Setiap negara mempunyai hak untuk melindungin negara masing-masing dari musuh. Segala kekecohan yang berlaku di Palestine semua adalah disebabkan oleh Hamas bukan Israel. Israrel aade supply human aid seperti ubat2 dan lain2 kepada penduduk Gaza, dan Freedom Flotial have nothing to do with the human aid. Iran adalah terrorist base country (isu Nuklear)"

Actually aku x brape nk faham ape yg die cakap, tp basically die kate cmtu lah, dan ade kait2 ngn Nuklear2 whatever, mean die nak kate yang ade terrorsit yang berselindung di sebali kapal Mavi Marmara tu. Apekah Hamas yang wajar untuk dipersalahkan dalam hal ni?
aku pun musykil kenapekah mesti menyerang kapal yang terdiri dari orang-orang yang tak bersalah? Alasan lain yang diberikan oleh komando israel ialah mereka membawa senjata tajam. Volunteers tu suma adalah rakyat biasa yang tak bawak apa-apa senjata bukan saje untuk berperang malah untuk memeprtahankan diri pun tak de, apekah ini yang mereka katekan sebaga terrorist???

Wahai masyarakat dunia tolonglah celikkan mata anda. Sudah terang lagi bersuluh menunjukkan kekejaman dan jenayah yang telah mereka lakukan. Pasukan keamanan PBB tolongla lakukan something........... OIC gerakkan negara-negara anda untuk membela nasib rakyat palesti yang dah lame tak terbela.
Ya Allah aku tringin sangat nak pegi ke sana................. Palestine, Al-Quds.....


segala updates if kawan2 nak tengok, boleh la access website Lifeline4Gaza orPalestinkini.info

"Ya Allah berikan lah kejayaan kepada mereka atau berikan lah mereka syahid seperti yang telah kau janjikan kepada hamba-hambamu yang berjuang ke jalan Mu, Bantulah kami dalam melawan golongan-golongan yahudi, nasrani ini yang sememamngnya tidak akan meredhai agama mu ini sehingga kami tunduk kepada mereka. Sesungguhnya, kami tidak akan tunduk kepada mereka. Ya Allah jaga lah hati kami dari berbolak balek darimu, kami tidak mahu tunduk kepada mereka.. Ya Allah bantulah kami, kabulkanlah doa kami Ya Allah......................... ameen ya rab al-alameen"

hasil share n foward info dari rujukan sini