Monday, March 29, 2010

pesta Buku PWTC 2010..

wif my sis
sudah dapat buku yang dihajati
saje je nak posing2

sempena dengan pesta buku yang diadakan tahun ni, aku juga mau g ke sana utk memebeli buku yang dihajati..bukan ape...buku yang aku nak tu limited edition kot kat kedai2 buku.jenuh la gak nak cari buku2 tu..

antara buku yang aku beli kat sana:
  1. novel sinergi by hilal asyraf
  2. novel remaja mulia by hilal ashraf
  3. buku undang2 jenayah by dato shariff@ILBS
  4. novel langit Ilahi-Kembara hamba by hilal asyraf
  5. buku panduan mengukir buah2an(wlpun tak bape nak seni tgn aku tapi aku beli gak...)
tu je la buku yang aku beli,,puas hati sebab semua buku yang aku nak cari semua aku dapat jumpe..cume sesat tak jumpe jalan keluar dari PWTC tu je la..seb bek ade guider,,lau takde la mau sampai malam aku tak balik...

then pas g cari buku tu g jalan2 je ngan adik ku tersayang...papepun gt gembira hari itu,,tak tau nape..tapi mgkin sebab da lame kot tak jumpe adik aku...
luv u my sis forever...

thats all for this entry..short n simple

Friday, March 26, 2010

ciNta : Sains dan tanda2..

want to share this with u all..terbace dis artikel kat blog kotex..

Bila kamu tertarik pada seseorang, kamu mula menunjukkan tanda-tanda yang kamu menyukainya. Ini bermakna terdapat sesuatu pada dirinya yang berjaya menarik perhatian kamu, seperti lirikan matanya atau senyumannya yang menggoda. Kamu juga mungkin menyukai seseorang yang lebih tua atau muda berbanding kamu. Tidak mengapa. Semua orang melalui perasaan menyukai seseorang dan disukai semula.

Jatuh Cinta Sebenarnya Tindak Balas Kimia

Tergila-gilakan seseorang biasanya berhubung kait dengan cinta romantik. Inilah jenis cinta yang membuatkan kamu menulis puisi cinta dan melakukan benda-benda bodoh seperti berjaga sepanjang malam mendengar lagu-lagu cinta. Perasaan dan emosi ketika ini sangatlah nikmat sehinggakan kamu merasakan seperti “jatuh cinta”.

Apabila kamu mula “jatuh cinta”, kamu biasanya mula tergila-gilakan si dia. Masa inilah, kamu mungkin berasa yang kamu boleh lakukan apa saja untuk si dia. Kamu mahu perasaan ini kekal selamanya dan kamu memang percaya yang ia akan kekal.

Perasaan diawang-awangan yang kamu alami ini boleh dijelaskan dengan bahan kimia yang dibebaskan oleh otak. Oh, mungkin bunyinya tak begitu romantik tapi yang sebenarnya otak kamulah yang menjadi pusat perasaan dan emosi kamu, bukannya hati. Otak tu nampak macam tak berapa menarik. Yelah, rupanya pun macam kobis bunga kering berwarna kelabu yang terapung-apung dalam kepala kamu. Cuba fikir. Walaupun ia tak secantik hati merah yang berdegup, otak kamu sebenarnya menghantar signal ke badan kamu membuatkan kamu merasa perasaan teruja dan pahit manis dilambung cinta.

Bahan kimia dalam otak boleh menerangkan perlakuan kita sebaik sahaja kita jatuh cinta. Bahan kimia ini bergerak ke bahagian-bahagian otak yang berkait dengan emosi dan memori kita:

  • Dopamin kata saya gilakan kamu Dalam tempoh beberapa bulan pertama kamu tertarik pada seseorang, satu bahagian otak kamu membebaskan bahan kimia ini. Sejumlah kecil bahan kimia ini akan memberikan kamu perasaan di awang-awangan ketika dilamun cinta. Ia mungkin boleh menyebabkan kamu berjaga sepanjang malam memikirkan perkara-perkara romantik. Dengan dopamin, kamu pun mula rasa tak berselera. Kamu ponteng makan, rasa lapar tapi kamu tetap gembira dan sedikit gila walaupun perut kosong. Dopamin juga membuatkan kamu rasa bertenaga, dan boleh buat apa saja. Ia memang satu bahan kimia yang menakjubkan. Ia membuktikan perkataan seperti “asyik bercinta” memang wujud.


  • Serotonin kata saya terlalu menggilai kamu Tahap rendah bahan kimia ini dalam otak merupakan sebab kenapa kamu terlalu memikirkan seseorang itu apabila kamu bercinta. Tahap serotonin yang rendah boleh membuatkan kamu asyik terfikir mengenainya. Seperti mengekorinya ke perpustakaan tanpa pengetahuan, mungkin merupakan aktiviti harian kamu. Pada kamu, kamu berkelakukan macam biasa kerana tahap serotonin yang rendah yang menguasai tindakan kamu. Bila kamu beritahu rakan yang kamu asyik teringatkan dia 24 jam, sebenarnya itulah tahap rendah serotonin yang menguasai kamu.


  • Oksitosin kata saya akan kekal dengan kamu Sekarang kamu mungkin dah pun berada dalam hubungan sebenar dan semakin cinta kamu berkembang, kamu mula berfikir yang kamu tak dapat nak bayangkan kehidupan tanpa si dia. Kamu semakin terikat dengannya. Ke mana saja dia pergi, kamu pun ada. Masa inilah bahan kimia oksitosin bertindak. Ia merupakan kimia yang dibebaskan oleh otak di mana tahap gila bayang kamu semakin berkurang dan kamu mula menjalin hubungan yang serius.

Tanda-tanda yang kamu dah mula gila bayang:

  • Kamu mula teringat pada si dia lebih kerap daripada biasa. Seolah-olah gambaran wajahnya melekat pada minda kamu.
  • Tidur kamu jadi tak lena. Dialah orang terakhir dalam fikiran kamu dan orang pertama yang menjelma dalam kotak fikiranmu, bila kamu bangun tidur.
  • Selera makan kamu tiba-tiba berkurangan. Makanan kegemaran kamu pun jadi tak sedap.
  • Kamu selalu teruja nak berjumpa dengannya. Bila fikir mengenainya saja dah cukup untuk buat kamu rasa gembira dan cukup bertenaga.
  • Kamu mula mengekorinya, menyimpan jadual waktunya dan mula mendapatkan nombor telefon si dia… semua secara rahsia.
  • Tiba-tiba saja kamu jadi pakar dalam puisi cinta dan lagu cinta. Kamu mula menyukai filem romantik walaupun selama ini filem sainslah satu-satunya fiksyen yang kamu tonton seumur hidup.

Adakah dia tertarik pada saya? Berikut beberapa tanda yang mungkin menandakan dia perasan kehadiran kamu:

  • Dia memulakan perbualan. Seorang lelaki mungkin tunjukkan yang dia menyukai kamu dengan memulakan perbualan. Dia mungkin menunjukkan minat mendalam dengan bertanya macam mana hari kamu dan bertanya pendapat kamu mengenai sesuatu perkata.
  • Dia mula meluangkan lebih masa dengan kamu. Dia mula mengajak kamu untuk minum kopi atau makan tengahari. Kamu akan tahu yang hubungan kamu mula berputik bila dia makin kerap mengajak kamu.
  • Dia berkongsi rahsia dengan kamu. Ramai lelaki yang tak suka bercakap mengenai diri mereka. Jadi bila dia dah mula kongsi perasaanya, atau bawa kamu ke tempat-tempat sunyi yang biasa dia pergi seorang diri, ini mungkin bermakna yang dia sukakan kamu.
  • Dia mula menjadi seorang ‘gentleman’ dengan membawa buku kamu dan menarik kerusi kamu. Ia mungkin bermula dengan benda-benda ringkas yang mudah. Sekiranya kamu memang tak menjangkakan benda-benda begini dan ia lebih kerap berlaku, kemungkinan besar si dia menyukai kamu.
  • Kamu mula terserempak dengannya di tempat yang kamu tak sangkakan. Tiba-tiba je dia pun turut serta dalam kelas yoga kamu walaupun sebelum ni dia tak pernah menyukai yoga.
  • Hmm yang peliknya dia mula mengelak untuk berjumpa kamu. Sesetengah lelaki memang pemalu. Bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk mereka kelihatan seperti tak menyukai kamu tapi yang sebenarnya si dia tengah berdebar-debar. Lelaki pun kadangkala takutkan perasaan mereka. Jadi, janganlah kecewa bila ia terjadi. Ia mungkin akan ambil masa untuk si dia menyedari perasaannya terhadapmu.

Cinta pandang pertama. Wujud ke?

Cinta pandang pertama mungkin berlaku terhadap sesetengah orang. Ia mungkin tarikan serta-merta yang dirasai sebaik sahaja seseorang itu terlihatkan orang yang lain. Ia juga mungkin berlaku beberapa kali dalam hidup. Walau bagaimanapun, hanya beberapa tarikan serta-merta ini berkembang menjadi hubungan percintaan. Ada yang akan jatuh cinta apabila orang yang mereka temui itu kelihatan seperti selebriti yang mereka minati. Personaliti atau bakat seseorang juga boleh menjadi tarikan kali pertama mereka berjumpa. Namun begitu, kamu patut tahu yang mencintai seseorang itu tidak bermula pada pertama kalinya. Mungkin ia akan nampak begitu kerana tubuh dan otak kita bertindak balas terhadap perjumpaan pertama tersebut. Bahagian awal tarikan mungkin merupakan kegilaan dan bukannya cinta. Apabila kamu semakin matang dan mula berada dalam perhubungan, kamu mula sedar yang cinta hadir dengan komunikasi yang bagus dan tanggungjawab yang besar. Jadi nikmatilah kehidupan dan cuba untuk belajar satu benda pada satu masa. Belajar dari ibu bapa ataupun rakan kamu. Pengalaman mereka boleh mengajar kamu pelbagai benda mengenai perhubungan.

sumber : kotex

Monday, March 22, 2010

Pentingnya H2o

hmm h2O..korang tau tak tu ape?tau kan..pernah belajar sains kan dulu..h2O tu = air..sebenarnya saje je nak share asal info ni..ade la terbace satu artikel n say yang air tu memang sangt penting...antara kepentingan air ialah :
  • Air dapat menurunkan selera makan dan mengurangkan rasa lapar.
  • Membantu tubuh dalam proses pembakaran lemak yang menggumpal.Kerana hati akan mengalami kesulitan dalam menjalankan fungsinya ketika buah pinggang tidak mendapatkan air yang mencukupi.
  • Mengurangkan lebihan lemak dibadan.
  • Mengatasi masalah penyumbatan air pada saat tubuh menahan air yang ada didalamnya agar tidak kehabisan.
  • Mengurangi tumpukan sodium didalam tubuh.
  • Membantu memelihara kesihatan otot dan kelenturannya.
  • Mebersihkan kotoran-kotoran dan zat-zat beracun didalam tubuh.
  • Mengatasi kesulitan buang air besar.

Oleh itu para pakar menyarankan kita untuk minum 1-5 liter air sehari, ditambah lagi dengan 250ml sehari apabila berat badan kita bertambah 10kg

sumber :pakarhowto

so sebenarnya lau ikut logik pun memang leh pk kan air tu salah satu keperluan asas manusia yang terpenting...

lau takde elektrik stil leh survive ag tapi lau takde air boleh mati la manusia...

MU terbaik la this year..hoooyehh!!!!

Liverpool tersungkur


PARK JI-SUNG (kiri) menjaringkan gol kemenangan United sambil cuba dihalang pertahanan Liverpool, Glen Johnson pada aksi di Old Trafford malam tadi. United menang 2-1.


MANCHESTER – Liverpool tersungkur di Old Trafford semalam tetapi masih mempertahankan reputasi cemerlang mereka ke atas Manchester United.

Dalam lima pertemuan terakhir mereka sebelum ini, Liverpool menang empat kali dan semalam merupakan kekalahan kedua tentera The Reds itu kepada United.

Kemenangan 2-1 skuad bimbingan Alex Ferguson itu diperoleh menerusi jaringan Wayne Rooney dan Park Ji-sung sekali gus merampas tangga teratas Liga Perdana England daripada Arsenal.

United kini mengumpul 69 mata selepas 31 perlawanan, mengatasi pendahulu sebelum ini, Arsenal yang turun ke tangga kedua dengan 67 mata.

Chelsea pula menduduki tangga ketiga dengan 64 mata tetapi mereka boleh memintas kedudukan Arsenal jika berjaya menewaskan Blackburn pada perlawanan awal pagi tadi.

Pada aksi di Old Trafford malam tadi, Liverpool terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Fernando Torres yang mudah menanduk masuk bola hantaran Dirk Kuyt pada minit kelima.

Namun kelebihan Liverpool itu hanya bertahan selama tujuh minit setelah Javier Mascherano menjatuhkan pemain sayap United, Antonio Valencia di dalam kotak penalti.

Biarpun sepakan penalti yang diambil Rooney berjaya diselamatkan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina, namun penyerang England itu pantas menolak masuk bola muntah tersebut untuk gol penyamaan United pada minit ke-12.

Ia merupakan gol ke-33 Rooney musim ini.

Gol kemenangan United diperoleh pada minit ke-60 setelah Ji-sung melayangkan badannya untuk menanduk hantaran Darren Fletcher dari sebelah kanan, sekali gus memberikan tiga mata berharga buat United. – Reuters

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm


SeMiNar Undang-Undag KeLuarga Islam..


banner la ni.
da lame kot tak update...
berusaha tuk meluangkan sedikit masa..

entry kali ni berkisar tentang poster yang aku upload kan tu..seperti biasa hari ahad ku (time weekend) akan diganggu gugat dengan pelbagai agenda.. kali ini ahad ku diiisi pula dengan menghadiri majlis ilmu a.k.a duk di bawah sayap malaikat la sepanjang ari ahad tu..
eceh..

ape yang aku nk share kat sini ialh nak btau..seminar ni memang sangat best..ade la senior2 yang g seminar ni kate cam g kursus kahwin..tapi entah la..aku tak pernah g pun kursus kawen tu..yang penting aku akan sedaya upaya berkongsi ape yang aku dapat dalam seminar ni..

seminar ni start kul 9 pagi siap la ngn perasmian semua..simple..memang sangat simple sebab lecture kat jabatan syariah memang sempoi..hehe..ade 4 sesi..setiap sesi ade 4 presentation kertas keje..seronok la wei..

sesi 1:
  1. maqasid syariah dalam menjaga keturunan
  2. perkembangan uu keluarga Islam di msia
  3. perkahwinan yang dilarang dalam Islam
  4. khulu' dalam perkahwinan
sesi 2:
  1. isu semasa tentang pemelukan Islam dan kesan pada perkahwinan dan anak
  2. pemilikan harta dalam perkahwinan menurut uu keluarga Islam di msia
  3. peranan hakam dalam menyelesaikan pertelingkahan suami isteri dan isu-isu berkaitan
sesi 3:
  1. konsep pertunangn menurut perspektif islam
  2. purposes of marriage and its significance
  3. hak kanak-kanak dalam Islam
  4. talak 3 dengan satu lafaz :satu analisa pendapat fuqaha
sesi 4 :
  1. mahar dalam perkahwinan Islam dan uu keluarga
  2. rujuk menurut Islam dan uu keluarga
  3. isu-isu harta sepencarian
actually seminar ni memang sangt berguna la pada aku sebab aku ni dak syariah n serba sedikit ade la yang memang sangt bersangkutan denagan kuliah n kursus yang aku amik..kan bagus lau seminar ni buat dari dulu..senang la aku nak skor subjek pentadbiran kehakiman bagi subjek diploma guaman dulu..tapi buat sekarang pun sil ade manfaat sebab ade gak kaitan dengan bacaan kes n pentadbiran harta...presenter memang yang terbaek la semua..

mase seminar nampaknya isu pertunangan n perkahwinan sukup menarik perhatian audience sebab majoriti peserta ramai tahun akhir n ke arah melangkah ke alam tu..
tapi aku terkejut la time kertas keje pasal pertunangan n khulu' kan..dia kate :

info yg aku dpt : 1)bile ada lelaki yg mintk kawan ngn 1pmpuan..dan dlm hati dia berniat tuk memperisterikan pmpuan itu,maka

pmpuan itu telah sah sebagai TUNANG nya..

2)pmpuan le CERAIKAN laki dgan persetujuan laki itu rela diceraikan..


amazing la..

pastu pasal isu harta sepencarian ni lagi la bnnyak..sekarang bukan perempuan je yang leh tuntut harta sepencarian..lelaki pun boleh..maknenya harta seperncarian bukan lagi hak ekslusif wanita...tapi sekarang perempuan banyak keje bagus2..so memang lelaki memang sangt beruntung la lau nak tuntut harta sepencarian...huhu..


yang penting aku sangat bersyukur kerana dipilih tuk berada di taman syurga time ni..lau aku tak g rasenya aku tak tau bnayk kot pasal isu2 keluarga ni..walaupun memang lambat ag nak kawin tapi kena maik tau gak...

yang penting kita memang kena amik tau pape undang2 n hal2 yang tertakluk denagn kita..sebab kita tak le khilaf uu atau fakta..takde kecualian tu tu..hahha...aplikasi uu jenayah..hehe...


thats all for this entry..sape2 yang teringin nak bace pasal kertas keje ni leh la menghubungi aku.aku ade soft copy kertas keje ni semua...mahu berkongsi ilmu yang ade denagn semua insan2....ilmu tu milik Allah..so ne leh kedekut2..tak elok tuk kebahagian dunia dan akhirat..


last word..nak g lagi seminar camni...huhu


Tuesday, March 16, 2010

KokTAiL IntermediaTe Batch 30

sempat la pose sorg2..
sibuk mengejar cameramen..
INTERMEDIATE PALAPES UKM SIRI 30
AKHIRNYA...
berjaya gak aku meluang masa tuk ingat balik ape yang da jadi dalam hidup aku..betapa aku seorang yang bz..huhu...
entry kali ni adalah aku nak cite pasal majlis KOKTAIL PERINGKAT INTERMEDIATE PALAPES UKM SIRI 30..
seperti biase macam senior2 terdahulu, majlis koktail adalah salah satu tugas yang mesti diselesaikan oleh kadet2 palapes macam aku bile da sampai ke peringkat tahun 2 ni..hmm aku memberikan komitmen yang terbaik dalam melaksanakan majlis ni sebab aku terlantik jadi Timbalan Ketua Pengarah..takdelah hebat mane jadi TKP ni tapi ade sedikit kerisauan di situ..
kitorang da stat planing benda ni lebih kurang 3 bulan sebelum majlis..banyak kali perjumpaan, meting n menatang ntah ape2 la dibuat tuk mencapai matlamat ni..tapi kat sini aku nak mengambil kesempatan tuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada PWII abd rahim mat hashim sebab dialah tunjang n tulang belakang yang memberi kami tunjuk ajar serta nasihat dalam menjayakan majlis ni...
tak lupa gak buat sekalung penghargaan budi n terima kasih buat skuad inter batch30 esemua sekali tanpa terkecuali atas komitmen n kerjasama yang diberikan selama tiga bulan ni tuk menjayakan majlis ni..walaupun ci just bagi kita 63% je tapi aku da rase tu yang terbaik..korang la yang terbaik..dan kitalah yang terbaik...
untuk ingatan semua..harap segala teguran yang diberikan tu kita aplykan tuk mesnight time senior t..
terima kasih juga buat Mejar wan Ezanie wan Abdullah atas ceramah yang cukup memberi manfaat pada kami..truthly aku tak pernah tau pun HR amik n intervw org camne...lau aku tak jemput mejar tu bagi ceramah memang aku tak kan tau la sebegitu rupanya alam pekerjaan..
what everpun thanks a lot to all of u...kalian adalah teman terbaik ku...
MAJLIS KOKTAIL INTERMEDIATE SIRI 30 tetap akan dalam ingatan...